X
Jumaat, 30 Ogos 2019 | 12:32pm
PRESIDEN BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Pengerusi BERSATU, Tun Dr Mahathir Mohamad pada sidang media selepas mesyuarat majlis tertinggi parti itu di Putrajaya, semalam. - Foto BERNAMA
PRESIDEN BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Pengerusi BERSATU, Tun Dr Mahathir Mohamad pada sidang media selepas mesyuarat majlis tertinggi parti itu di Putrajaya, semalam. - Foto BERNAMA

Suhaili dilantik Ketua Penaja BERSATU Labuan

LABUAN: Bekas Ahli Parlimen Labuan, Datuk Suhaili Abd Rahman dilantik sebagai Ketua Penaja Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Labuan berkuat kuasa serta merta.

Watikah Pelantikan Ketua Penaja BERSATU Bahagian P.166 Labuan itu disampaikan oleh Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan disaksikan Pengerusi BERSATU, Tun Dr Mahathir Mohamad, semalam selepas mesyuarat majlis tertinggi parti itu di Putrajaya.

“Alhamdulillah, saya akhirnya menerima surat itu, dan BERSATU secara rasminya ditubuhkan di Labuan dan ia satu keputusan yang ditunggu-tunggu oleh ahli BERSATU dan mungkin rakyat di Labuan.

“Kami akan bekerja bersama dengan parti komponen Pakatan Harapan yang lain bagi menyatukan penduduk di Labuan dan memberikan khidmat yang lebih baik dari segi politik, ekonomi dan sosial,” katanya.

Suhaili berkata, sebagai Ketua Penaja, beliau bertanggungjawab untuk menguruskan dan melengkapkan proses penubuhan bahagian dan cawangan serta organisasi dan struktur Srikandi dan Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) selain membuka keahlian.

Penduduk di Labuan yang berminat untuk menjadi ahli, boleh mendaftar dengan mengisi borang keahlian yang boleh didapati melalui jawatankuasa penaja atau secara dalam talian melalui laman sesawang Bersatu; www.bersatu.org. – BERNAMA

Berita Harian X