Sabtu, 15 Disember 2018 | 1:21pm
Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan. - Foto Iqmal Haqim Rosman
Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan. - Foto Iqmal Haqim Rosman

UMNO tangguh mesyuarat MKT

KUALA LUMPUR: UMNO menangguhkan Mesyuarat Khas Majlis Kerja Tertinggi (MKT) yang dijadualkan esok, kata Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Beliau berkata mesyuarat itu ditangguhkan sehingga penetapan tarikh baharu.

“Ya, akan ditangguhkan sehingga dimaklumkan,” katanya ketika dihubungi, di sini.

Mesyuarat bulanan terakhir MKT UMNO dipengerusikan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berlangsung pada 9 November lalu, di Menara Dato Onn.

Intipati mesyuarat antara lain, membincangkan pengukuhan institusi Presiden supaya dapat bergerak dengan lebih kukuh selari perjalanan parti, dan menolak usaha memecahkan parti dari dalam dan luar.

Berita Harian X