Jumaat, 14 Disember 2018 | 4:10pm
Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian. - Foto Edmund Samunting
Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian. - Foto Edmund Samunting

Ketiadaan Baru Bian cetus tanda tanya

KUCHING: Ketiadaan Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian pada Mesyuarat Khas Ketua-Ketua Cabang PKR Sarawak di Hotel Hilton, di sini yang bermula sebentar tadi mencetuskan pelbagai tanda tanya.

Lebih menghairankan ini adalah kali pertama Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertandang ke Sarawak bagi mempengerusikan mesyuarat itu, selepas mengambil alih kepemimpinan parti berkenaan.

Difahamkan, Baru yang juga Menteri Kerja Raya dan Ahli Parlimen Selangau ketika ini berada di Lawas untuk menghadiri majlis rasmi kementeriannya.

Ketiadaan Baru seolah-olah memperkukuhkan lagi desas-desus konflik dalaman PKR Sarawak, terutama membabitkan jawatan Pengerusi disandangnya.

Terdapat spekulasi kononnya Baru bakal digantikan Ahli Parlimen Julau, Larry Sng Wei Shien yang mendapat 'restu' kepemimpinan Pusat, termasuk Anwar sendiri.

Malah, teori itu diperkukuhkan lagi dengan pemilihan Wei Shien sebagai Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR pada konvensyen parti itu baru-baru ini yang mendapat sokongan penuh Anwar.

Berita Harian X