Jumaat, 16 November 2018 | 6:55pm
NIK Nazmi melahirkan kebimbangan dengan gerakan anak muda yang menyertai PKR selepas PRU-14. - NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali
NIK Nazmi melahirkan kebimbangan dengan gerakan anak muda yang menyertai PKR selepas PRU-14. - NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali

Orang muda masuk PKR perlu faham perjuangan parti

SHAH ALAM: Bekas Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad, melahirkan kebimbangan dengan gerakan anak muda yang menyertai parti itu selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Beliau berkata, ini kerana kebanyakan mereka tidak faham sejarah perjuangan reformasi PKR sejak 1998 sehingga berjaya membentuk kerajaan.

“Jadi, adalah menjadi tugas kepemimpinan baharu AMK untuk memberi pemahaman politik kepada ahli baharu mengenai sejarah perjuangan.

“Saya risau dengan pemahaman politik ahli baharu yang masuk ke dalam parti selepas kita menjadi kerajaan.

“Anak muda kena faham apa itu deklarasi Permatang Pauh yang menjadi tunjang perjuangan PKR,” katanya pada ucapan penggulungan Kongres AMK Nasional Tahunan KEADILAN ke-13, 2018 di Pusat Konvensyen IDCC, Shah Alam di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Nik Nazmi mengingatkan semua pihak dalam PKR dan Pakatan Harapan (HARAPAN) untuk tidak mengulangi kesilapan yang dilakukan UMNO dan Barisan Nasional (BN).

“Dulu kita diuji dengan tekanan dan tindakan undang-undang, termasuk ada yang ke penjara, namun sekarang ujiannya dalam bentuk wang ringgit dan pengaruh.

“Begitu juga dengan kepemimpinan baharu AMK. Cabaran anda adalah berbeza berbanding zaman saya jadi Ketua AMK.

“Keadaan sudah berbeza apabila menjadi kerajaan kerana tugasnya lebih berat. Apa pun, saya yakin semua pemimpin PKR dan Pakatan Harapan (PH) dapat melaksanakan apa yang dituntut rakyat,” katanya.

Ketua AMK yang baharu, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, dan Timbalan Ketua AMK yang baharu, Hilman Idham, bergambar bersama anggota Exco AMK selepas pengumuman oleh JPP ketika Kongres Angkatan Muda Keadilan (AMK) Nasional PKR di Shah Alam. - NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali
Ketua AMK yang baharu, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, dan Timbalan Ketua AMK yang baharu, Hilman Idham, bergambar bersama anggota Exco AMK selepas pengumuman oleh JPP ketika Kongres Angkatan Muda Keadilan (AMK) Nasional PKR di Shah Alam. - NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali

Senarai Majlis Pimpinan AMK PKR Pusat 2018-2020

Ketua AMK: Akmal Nasrullah Mohd Nasir

Timbalan Ketua AMK: Hilman Idham

Naib Ketua AMK:

1. Jestin Raj Savarimuthu

2. Mohd Nazree Mohd Yunus

3. Thiban A/L Subbramaniam

Ahli Majlis Pimpinan AMK Pusat:

1. Ahmad Khairul Mohamed Noor

2. Athina Klaywa Sim

3. Dr. Ahmad Kusyairi Khalid

4. Kamis Burhan

5. Khairul Anuar Musa

6. Mohd Aizuddin Ariffin

7. Mohd Akmal Hisyam Ahmad Tamyiz

8. Mohd Faizal Mohd Yusak

9. Mohd Firdaus Yusof

10. Mohd Izad Buqhary Mohd Kamri

11. Mohd Saifullah Mohd Zulkifli

12. Muhamad Affandi Abdul Malik

13. Muhamad Aiman Aizuddin Md Husin

14. Muhamad Saiful Bahari Sahari

15. Muhammad Arif Mukhtar

16. Nagarajan A/L Kaniappan

17. Nik Mohd Faris Syazwan Zainuzzaman

18. Ong Jing Cheng

19. Sarawanan A/L Selvarajoo

20. Wan Mohamad Fitri Wan Abdul Rahim

Berita Harian X