Ahad, 11 November 2018 | 2:04pm
SHATIRI Mansor (tiga dari kiri) membuat laporan polis di Balai Polis Sibu berkaitan kewujudan politik wang dalam pemilihan PKR di cabang Lanang. - Foto Mohd Rizal Abdullah

Politik wang cemari pemilihan cabang Lanang

SIBU: Pasukan Reformasi 20 Tahun membuat laporan polis mendakwa wujudnya politik wang dalam pemilihan PKR di cabang Lanang, di sini, semalam.

Laporan polis dibuat wakil pasukan itu yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Damansara, Shatiri Mansor di Balai Polis Lanang, di sini kira-kira jam 10 pagi tadi.

Shatiri berkata, wujudnya perkara yang mencurigai ketika berlangsungnya proses pengundian di cabang itu semalam.

“Kami sebagai kumpulan pemantau mengesyaki wujudnya politik wang kerana pengundi diberikan imbuhan dan sumbangan di sekitar tempat pengundian.

“Justeru, kami berharap pihak berkenaan dapat melakukan siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya ,” katanya

Beliau berkata, pihaknya sedia memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa bagi membantu siasatan demi integriti PKR.

Shatiri bersama lima individu lain ditugaskan sebagai wakil dan pemerhati proses pengundian bagi calon Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli.

Berita Harian X