Ahad, 7 Oktober 2018 | 8:51pm
PORT DICKSON 06 OKTOBER 2018. Calon PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyapaikan ucapan pada Konsert Picnic PD di Waterfront sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen P132 Port Dickson. NSTP/ASWADI ALIAS.
PORT DICKSON 06 OKTOBER 2018. Calon PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyapaikan ucapan pada Konsert Picnic PD di Waterfront sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen P132 Port Dickson. NSTP/ASWADI ALIAS.

Status bakal PM kelebihan Anwar

PORT DICKSON: Status sebagai bakal Perdana Menteri kelapan memberi kelebihan besar buat Datuk Seri Anwar Ibrahim memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson.

Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Mahfuz Omar, berkata, janji Tun Dr Mahathir Mohamad menjadikan Ketua Umum PKR itu sebagai Perdana Menteri seterusnya sudah cukup memberi kemenangan buat Anwar.

Mahfuz yakin pengundi Port Dickson akan beramai-ramai keluar mengundi pada 13 Oktober, bagi memastikan bakal Ahli Parlimen mereka diangkat sebagai Perdana Menteri.

“Beliau (Anwar) bukan berkempen untuk menjadi Ahli Parlimen saja, malah akan memerintah kerajaan sebagai PM kelapan selepas Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Itu sudah cukup untuk menarik pengundi dan akan memenangkan beliau dengan majoriti besar yang kita harapkan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melawat keluarga anggota bomba yang lemas, Adnan Othman, 33, di Taman Jaya Lukut, di sini, hari ini.

Mahfuz berkata, Anwar perlu terus berkempen mendekati pengundi di Port Dickson.

Katanya, Anwar juga perlu bekerja kuat dan jentera parti akan turut membantu bagi memastikan kemenangan buat calon terbabit.

Berita Harian X