Rabu, 16 Mei 2018 | 11:32am

EXCO Pulau Pinang angkat sumpah

GEORGETOWN: Lima muka baharu ialah antara 11 Ahli Majlis Mesyuarat Negeri (EXCO) Pulau Pinang yang mengangkat sumpah jawatan di Dewan Sri Pinang, di sini, hari ini.

Mendahului pelantikan ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pinang Tunggal, Datuk Ir Zakiyuddin Abdul Rahman yang menyandang jawatan Timbalan Ketua Menteri I, dan ADUN Perai, Dr P Ramasamy, sebagai Timbalan Ketua Menteri II.

Majlis angkat sumpah dilakukan di hadapan Yang di-Pertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas, dan turut disaksikan oleh Ketua Menteri, Chow Kon Yeow.

Selain Zakiyuddin, empat lagi muka baharu EXCO ialah ADUN Tanjong Bungah, Zairil Khir Johari; ADUN Batu Maung, Datuk Halim Hussain; ADUN Paya Terubong, Yeoh Soon Hin; dan ADUN Bagan Jermal, Soon Lip Chee.

Senarai EXCO Pulau Pinang

1. Chow Kon Yeow

- Ketua Menteri

- Hal Ehwal Tanah dan Pembangunan Tanah, Pengangkutan dan Penerangan

2. Datuk Ir Zakiyuddin Abdul Rahman

- Timbalan Ketua Menteri I

- Hal Ehwal Agama Islam, Pembangunan Industri dan Perhubungan Masyarakat

3. Dr P Ramasamy

- Timbalan Ketua Menteri II

- Perancangan Ekonomi Negeri, Pendidikan, Pembangunan Modal Insan dan Sains, Teknologi dan Inovasi

4. Chong Eng

- Pembangunan Wanita dan Keluarga, Keterangkuman Gender dan Agama Selain Islam

5. Jagdeep Singh Deo

- Kerajaan Tempatan, Perumahan, Perancangan Bandar dan Desa

6. Phee Boon Poh

- Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar

7. Dr Afif Bahardin

- Kesihatan, Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar

8. Zairil Khir Johari

- Kerja Raya, Utiliti dan Tebatan Banjir

9. Datuk Halim Hussain

- Perdagangan Dalam Negeri dan Antarabangsa, Hal Ehwal Pengguna, Pembangunan Keusahawanan

10. Yeoh Soon Hin

- Pembangunan Pelancongan dan Warisan, Kebudayaan Kesenian

11. Soon Lip Chee

- Belia dan Sukan

YANG Di-pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas (kanan) menyampaikan watikah pelantikan kepada Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Ir Zakiyuddin Abdul Rahman pada Istiadat Pelantikan dan Angkat Sumpah bagi jawatan EXCO Kerajaan Negeri Pulau Pinang di Dewan Seri Pinang, Georgetown. - Foto Ramdzan Masiam
YANG Di-pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas (kanan) menyampaikan watikah pelantikan kepada Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Ir Zakiyuddin Abdul Rahman pada Istiadat Pelantikan dan Angkat Sumpah bagi jawatan EXCO Kerajaan Negeri Pulau Pinang di Dewan Seri Pinang, Georgetown. - Foto Ramdzan Masiam
Berita Harian X