Rabu, 16 Mei 2018 | 12:17am
MENTERI Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu bersama Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir hadir pada Majlis Penghargaan dan Ucapan Terima Kasih Kepada Rakyat Perak di Jalan Sultan Ismail, Greentown, Ipoh, malam tadi. - Foto Abdullah Yusof
MENTERI Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu bersama Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir hadir pada Majlis Penghargaan dan Ucapan Terima Kasih Kepada Rakyat Perak di Jalan Sultan Ismail, Greentown, Ipoh, malam tadi. - Foto Abdullah Yusof

Senarai EXCO diserah kepada Sultan Perak pagi ini

IPOH: Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu, akan mempersembahkan senarai 10 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) kepada Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, pagi nanti.

"Senarai (EXCO) telah ada dan saya akan menghadap ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan pagi nanti.

"Barisan EXCO yang dilantik seramai 10 orang, namun minimum adalah empat orang,. Saya akan dapatkan perkenan Tuanku dahulu," katanya.

Beliau bercakap kepada media pada Majlis Penghargaan dan Ucapan Terima Kasih Kepada Rakyat Perak di Jalan Sultan Ismail, Greentown, di sini, malam tadi.

Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa, turut berkenan berangkat ke majlis itu.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir turut membuat kejutan menghadiri majlis itu.

Ahmad Faizal bagaimanapun tidak mendedahkan lokasi dan masa beliau akan menghadap Sultan Nazrin.

Beliau berkata, senarai itu membabitkan wakil semua empat parti dalam Pakatan Harapan (PH), dengan bilangan wakil setiap parti berdasarkan bilangan kerusi dimenangi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Katanya, beliau akan mengadakan sidang media bagi memaklumkan keputusan itu nanti.

Sementara itu, Ahmad Faizal berkata, kehadiran Mukhriz sangat bermakna kepadanya.

Berita Harian X