Sabtu, 28 April 2018 | 12:32pm
CALON Barisan Nasional bagi kerusi N41 DUN Sungai Sibuga, Tan Sri Musa Aman melambaikan tangan kepada penyokong pada hari penamaan calon Pilihan Raya Umum Ke14, di Dewan Serbaguna Libaran, Sandakan. - Foto Edmund Samunting
CALON Barisan Nasional bagi kerusi N41 DUN Sungai Sibuga, Tan Sri Musa Aman melambaikan tangan kepada penyokong pada hari penamaan calon Pilihan Raya Umum Ke14, di Dewan Serbaguna Libaran, Sandakan. - Foto Edmund Samunting

Musa berdepan dua pencabar di Sungai Sibuga

SANDAKAN: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Tan Sri Musa Aman yang mempertahankan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Sibuga dicabar dua calon pembangkang pada pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Musa yang juga penyandang kerusi itu sejak empat penggal lalu dicabar Osman Enting dari Parti Kebangsaan Sabah (PKS) dan Asmara Abdul Rahman dari Parti Warisan Sabah (WARISAN).

Ia diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Faridah Giau di pusat penamaan calon di Dewan Sri Libaran, di sini, sebentar tadi.

Bagi Parlimen Libaran pula, calon BN, Datuk Zakaria Edris yang sebelum ini penyandang kerusi DUN Gum-Gum berdepan calon WARISAN, Irwan Shah Mustapa dan Alfian Mansyur dari Parti Harapan Rakyat Sabah (HARAPAN RAKYAT).

Bagi kerusi DUN Gum-Gum, berlaku pertembungan lima penjuru.

Mereka adalah calon BN, Datuk Juslie Ajirol; Joilin @ Christine Bugung (PKS), Dahil Masdik (HARAPAN RAKYAT), Arnurasin Taib (WARISAN) dan Jamaludin Lamba dari Parti Perpaduan Rakyat Sabah (PPRS).

Berita Harian X