Khamis, 1 Disember 2016 | 10:49am

Gelombang biru penuhi PWTC

KUALA LUMPUR: Lautan 'gelombang biru' memenuhi Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini apabila semua pimpinan dan perwakilan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2016 mengenakan pakaian berwarna biru.

Pemilihan warna itu berbeza dengan tradisi pada majlis ucapan dasar Presiden sebelum ini yang menjadikan warna merah sebagai tema pakaian pimpinan dan perwakilan.

Perwakilan yang ditemui berkata, tema warna biru itu dipilih pimpinan parti bagi menggambarkan mod UMNO yang sudah bersedia menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

"Baju Melayu dan baju kurung biru ini juga menggambarkan perpaduan dan kekuatan baharu UMNO dan Barisan Nasional (BN) dalam menghadapi musuh, khususnya selepas parti ini bebas daripada duri dalam daging," katanya.

 PRESIDEN UMNO, Datuk Seri Najib Razak memeriksa perbarisan yang terdiri daripada ketiga-tiga sayap UMNO sempena perasmian Perhimpunan Agung UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini. Turut hadir Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor - Foto BERNAMA

Berita Harian X