Sabtu, 20 Ogos 2016 | 1:23pm

Pemimpin UMNO perlu tampil dengan perwatakan disenangi rakyat

NAJIB ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Masyarakat dan Merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Tumpat, di SK Kubang Batang, di Tumpat, hari ini. - Foto Syamsi Suhaimi
NAJIB ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Masyarakat dan Merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Tumpat, di SK Kubang Batang, di Tumpat, hari ini. - Foto Syamsi Suhaimi

TUMPAT: Datuk Seri Najib Razak mengingatkan pemimpin UMNO supaya tampil dengan perwatakan yang disenangi rakyat.

Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO berkata, sebagai pemimpin jangan sesekali turun padang bertemu rakyat dengan perwatakan sombong dan janji yang tidak ditepati kerana perbuatan itu akan diingati rakyat.

"Sebagai contoh di Kelantan, memakai kain pelikat lebih baik, jadi sebagai pemimpin mereka perlu sesuaikan diri dengan keadaan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Masyarakat dan Merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Tumpat, di Sekolah Kebangsaan (SK) Kubang Batang, di sini, hari ini.

Pada masa sama, Najib meminta ahli UMNO setia dengan pemimpin dan parti selagi pemimpin berada di landasan betul.

"Jangan sesekali nak runtuhkan parti yang kita perjuangkan sejak dulu sehingga kini. Ini menjadi kepantangan saya," katanya.

Berita Harian X