Jumaat, 11 Disember 2015 | 3:34pm

UMNO berminda terbuka perjuang Islam - Azalina

AHLI Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said. - Foto Yazit Razali
AHLI Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said. - Foto Yazit Razali

KUALA LUMPUR: Keterbukaan UMNO bekerjasama dengan PAS dalam hubungan politik membuktikan parti keramat itu sentiasa berminda terbuka memperjuangkan Islam dan memartabatkan Melayu.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata kedua-dua pemimpin tertinggi parti iaitu Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak dan rakan sejawatnya dari PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang perlu duduk semeja membincangkan kerjasama itu.

"Jika nak seribu daya, tak nak seribu dalih, terpulang kepada mereka dan saya rasa Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO ketika menghulurkan tali silaturahim kepada PAS menunjukkan tanda yang UMNO memang sentiasa terbuka minda bila berbincang isu orang Melayu dan Islam," katanya kepada media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, hari ini.

Najib dalam ucapan dasarnya sempena Perhimpunan Agung UMNO semalam dilaporkan berkata, parti itu menghulurkan ikatan ukhuwah menuju kesempurnaan membina sebuah Malaysia di atas syariat agama.

Berita Harian X