X
Khamis, 4 Jun 2015 | 12:33am

Kepimpinan Dewan Muslimat PAS bertukar

NURIDAH (tengah) mengangkat tangan bersama Rosni (kanan) dan Salamiah selepas pengumuman keputusan pemilihan Ahli Tertinggi Kepimpinan Dewan Muslimat PAS bagi sesi 2015-2017 di Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) ke-55 di Shah Alam. - Foto Intan Nur Elliana Zakaria

SHAH ALAM: Ketua Dewan Muslimat PAS, Siti Zailah Mohd Yusoff ditewaskan pencabarnya Nuridah Mohd Salleh pada pemilihan jawatankuasa 2015/2017, malam tadi.

Nuridah memperoleh 359 undi, manakala penyandang mendapat 329 undi. 

Turut tersingkir adalah Timbalan Dewan Muslimat, Dr Siti Mariah Mahmud yang hanya memperoleh 274 undi berbanding 414 undi yang diterima pencabarnya, Dr Rosni Adam.

Dewan Muslimat PAS Pusat turut menyaksikan Naib Ketua yang baharu iaitu Salamiah Mohd Noor yang memperoleh 358 undi berbanding penyandang, Mumtaz Md Nawi yang memperoleh 330 undi.

Berita Harian X