Khamis, 16 April 2015 | 8:15pm

UMNO Kelantan sokong Najib

MUSTAPA berkata, seluruh barisan kepimpinan UMNO Kelantan akan berdiri teguh di belakang Najib yang juga Presiden UMNO dan Pengerusi BN. - Foto Ikhwan Munir
MUSTAPA berkata, seluruh barisan kepimpinan UMNO Kelantan akan berdiri teguh di belakang Najib yang juga Presiden UMNO dan Pengerusi BN. - Foto Ikhwan Munir

KOTA BHARU: UMNO Kelantan menyatakan sokongan padu kepada kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Sehubungan itu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata seluruh barisan kepimpinan UMNO Kelantan akan berdiri teguh di belakang Najib yang juga Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional (BN).

Katanya, UMNO Kelantan juga minta bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed supaya tidak mengganggu Najib dalam menjalankan pentadbiran negara dan parti.

"Kita berharap dalam masa sama kita (UMNO Kelantan) menyatakan bahawa Datuk Seri Najib hendaklah diberikan kebebasan untuk mentadbir negara kita ini mengikut gaya kepimpinan beliau.

"Datuk Seri Najib ada gaya kepimpinan yang tersendiri yang terbukti beberapa pencapaian (kejayaan) yang telah dihasilkan beliau dan kita yakin beliau akan terus dapat memimpin kita," katanya selepas perjumpaan dengan kepimpinan empat peringkat Ketua bahagian, Ketua Pemuda, Ketua Wanita dan Ketua Puteri di Bangunan UMNO negeri, di sini, petang tadi.

Berita Harian X