Objektif utama kebanyakan graduan selepas tamat pengajian adalah memperoleh peluang pekerjaan yang baik atau menjana pendapatan mereka sendiri. Malah, institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta dalam negara juga merancang strategi kurikulum dan pengalaman pembelajaran untuk meningkatkan kebolehpasaran dan daya saing graduan tempatan supaya mereka boleh memperoleh pekerjaan yang setaraf dengan kelayakan akademik mereka. Namun, pada realitinya, ia bukanlah semudah seperti dijangkakan.
Penstrukturan seperti ini memerlukan sebuah ekosistem komprehensif yang merangkumi hubungan industri yang baik, program akademik yang berkualiti tinggi, latihan kemahiran industri serta peluang untuk mengembangkan kemahiran diri dan profesional.
Seiring dengan keperluan pendidikan moden, SEGi University & Colleges bukan sahaja mewujudkan sebuah Ekosistem SEGi Global yang inklusif, malah ia juga menerapkan elemen Industri 4.0 - Towards IR4.0 dalam sukatan pelajarannya untuk memperkasa tenaga kerja tempatan melalui penghasilan graduan berkualiti.
Industri 4.0 acapkali menjadi bualan hangat pada masa kini kerana kesannya terhadap ekonomi serta masyarakat tempatan. Kajian Forum Ekonomi Dunia menunjukkan bahawa 28 juta pekerjaan di ASEAN mungkin akan diambil alih oleh mesin dan kecerdasan buatan (AI) dan ini akan mengubah sistem dan dunia kerja moden.
Apabila pasaran kerja berubah, keperluan tenaga kerja turut berubah. Justeru, industri baru memerlukan pekerja yang lebih inovatif dan didorong oleh kemahiran dan literasi digital dan data yang mencukupi.
Sebagai langkah untuk mewujudkan dan meningkatkan tenaga kerja inovatif, SEGi mengenal pasti beberapa Strategi Transformasi dan Pemacu Transformasi untuk menyediakan bakat-bakat baru berteraskan industri serta menghasilkan penyelidikan dan pembangunan (R&D) kreatif dan inovatif.
Empat Strategi Transformasi
SEGi sentiasa mencari pasaran baru seiring dengan peningkatan teknologi dalam mencapai matlamatnya untuk menjadi institusi berteraskan Industri 4.0 dengan memperkenalkan usaha baru.
Antaranya adalah Empat Strategi Transformasi yang dikenali sebagai Pendekatan 4R (SEGi 4R Approach) – Reimagine, Recognise, Redefine, Revolutionise.
Dalam membangun dan meningkatkan ciri kebolehpasaran graduan melalui penciptaan pekerjaan dan perniagaan baru, Ekosistem Global SEGi yang merangkumi kesemua pelajar dan kakitangan perlu mengimaginasikan semula (Reimagine) segala kemungkinan yang boleh memenuhi keperluan hari esok.
Pada masa sama, rakan industri SEGi juga perlu memainkan peranan penting untuk mengenal pasti (Recognise) potensi dan keupayaan pelajar dengan membuka ruang dan peluang untuk mereka menyesuaikan diri dalam industri dan berkhidmat kepada masyarakat.
SEGi juga perlu membantu pelajar dalam menentukan semula (Redefining) masa depan mereka. Pelajar perlu faham kitaran perubahan yang berlaku dalam dunia perniagaan dan pekerjaan kini dan menyesuaikan diri supaya mereka dapat menjamin masa depan yang lebih stabil.
Dengan pemahaman ini, SEGi mampu merevolusikan (Revolutionise) sektor pendidikan dengan program dan pendekatan inovatif yang seiring dengan pertumbuhan ekonomi yang mampan.
Strategi ini mampu menyelaraskan IPT seperti SEGi dengan industri dan membantu dalam menghasilkan graduan yang holistik, mahir dan cekap untuk memenuhi keperluan pasaran semasa dan masa depan.
Empat Pemacu Transformasi
SEGi komited untuk membawa perubahan serta mentransformasikan sektor pendidikan swasta supaya ia lebih inovatif dan dilengkapi dengan jaringan industri yang mampan. Oleh itu, SEGi telah mengenal pasti empat laluan yang dapat memperkukuhkan jenamanya, iaitu Perkongsian Pintar, Penambahbaikan Kurikulum, Penyediaan Kemudahan Canggih dan Pengenalan kepada Program Baru dan Inovatif.
Kerjasama rapat dengan pemain industri dapat menambah kredibiliti dan membantu meningkatkan ketrampilan pelajar melalui bengkel latihan, pensijilan profesional dan program penglibatan industri termasuk penempatan latihan industri untuk mempersiapkan graduan menghadapi dunia pekerjaan.
SEGi University and Colleges mempunyai kerjasama strategik dengan rakan industri dan korporat termasuk organisasi yang banyak melabur dalam Industri 4.0.
Sebagai sebuah IPT, program pendidikan adalah penyumbang utama kepada operasi SEGi dan ia perlu memastikan bahawa program yang dilaksanakan sentiasa dikemas kini mengikut perkembangan industri semasa terutama sekali dalam bidang kejuruteraan, teknologi maklumat, perniagaan, perakaunan dan pengurusan serta pendidikan.
Di samping mengintegrasikan elemen Industri 4.0 dalam kurikulum dan melaksanakan program peningkatan kemahiran, SEGi juga terus memperkenalkan program pengajian inovatif yang bersesuaian dengan trend semasa.
Sebagai contoh, baru-baru ini SEGi memperkenalkan pelbagai program pensijilan industri dalam bidang kejuruteraan dan IT dengan kerjasama rakan industri seperti Huawei, EC Council, Oracle Workforce Development, SAS Ins titute Inc., AWS Academy, MIMOS Bhd dan banyak lagi.
Kemudahan dan sistem sokongan di SEGi juga ditingkatkan secara berperingkat untuk menerapkan elemen Industri IR4.0 seperti pembuatan pintar, simulasi, bilik darjah pintar, kecerdasan buatan dan lain-lain dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Strategi ini diharap dapat menyumbang ke arah menjadikan Malaysia sebagai sebuah destinasi pelaburan berimpak dan bernilai tinggi.
Meningkatkan tenaga kerja Program berteraskan industri yang ditawarkan oleh Ekosistem Global SEGi mampu memenuhi keperluan pasaran yang kian berubah. Aspek kebolehpasaran pada masa kini tidak lagi diukur dengan pencapaian akademik sematamata. Sebaliknya, ia di seimbangi dengan kemahiran yang relevan dengan perubahan pasaran kerja masa hadapan. Menyedari hakikat ini, SEGi memperkenalkan Platform SE GiRISE, sebuah platform pembelajaran flexi yang inovatif, khas untuk pelajar dewasa. Inisiatif ini bertujuan menyediakan peluang pembelajaran yang sama rata kepada setiap golongan masyarakat di mana golongan dewasa dan professional dapat mencipta semula masa depan yang lebih stabil melalui kursus pembangunan dan peningkatan kemahiran yang sesuai dengan minat dan keupayaan mereka. SEGi turut menawarkan pembelajaran dalam talian dan campuran sejak 2013 dan menjadi antara pilihan popular untuk pengajian pascasiswazah dan Pendidikan Profesional dan Ber terusan (PACE). Hari ini, di bawah platform SEGiRISE, golongan dewasa dari seluruh dunia, termasuk golongan profesional, suri rumah, pelajar atau pekerja sambilan, berpeluang untuk mendaftar masuk ke program pengajian tertiari dari peringkat asas sehingga pascasiswazah untuk mencapai impian dan matlamat hidup masingmasing. Penyelesaian Alternatif SEGi University and Colleges memberi akses dan laluan kepada golongan pelajar untuk membolehkan mereka memperoleh pendidikan berkualiti tinggi pada peringkat asasi, menengah dan lanjutan untuk mengukuhkan tahap pencapaian diri dengan kelayakan yang relevan. Di samping itu, mereka yang ingin mengasah kemahiran tertentu boleh juga mengikuti kursus pensijilan pendek atau profesional melalui pelbagai saluran seperti kursus dalam talian atau program latihan yang ditawarkan oleh SEGi, di bawah naungan Institute of Future. Thinking Professional Associates Resources (IFPA Resources), sebuah anak syarikat di bawah SEGi College Subang Jaya (SCSJ) yang mengkhusus kepada latihan dan pensijilan profesional untuk keperluan kerjaya masa kini. Kursus pendek yang ditawarkan juga dapat di guna pakai untuk mengikuti program pengajian lain yang di akreditasi melalui pemindahan kredit. Individu yang tidak mempunyai kelayakan akademik yang bersesuaian pula berpeluang memohon untuk program pengajian atau peningkatan kemahiran yang sesuai. Sebagai contoh, golongan dewasa dengan pengalaman bekerja boleh memohon untuk kemasukkan melalui Prior Experiential Learning Credit atau APEL (C), di mana mereka dapat menukar pengalaman kerja sebagai kredit untuk mengikuti program pengajian yang berkaitan dengan kerjaya dan minat mereka. Melalui SEGi University, mereka yang tidak mempunyai kelayakan pengajian tinggi boleh memulakan langkah masuk ke pendidikan tertiari menerusi program asasi atau diploma dan memperoleh ijazah sarjana dalam masa 4 hingga 5 tahun. Sekiranya mereka memiliki ke lulusan diploma, mereka boleh memperoleh ijazah sarjana muda dan ijazah lanjutan dengan lebih cepat. Dengan cara ini, pelajar bukan hanya boleh menjimatkan masa tetapi juga kos untuk mencapai kelayakan yang diimpikan. Bagi mereka yang mencari laluan pendidikan fleksibel, Kumpulan Kolej SEGi menawarkan kelas petang/kelas hujung minggu dan kursus profesional di kampus terpilih di Lembah Klang, Pulau Pinang dan Kuching. Ekosistem Global SEGi ini sesuai untuk setiap individu yang ingin memperoleh pendidikan berkualiti, sama ada untuk memperoleh peluang pekerjaan yang lebih baik atau memajukan kerjaya anda. Ketahui lebih lanjut mengenai tawaran pendidikan bertaraf global ini menerusi laman web segi.edu.my.