Selasa, 18 Ogos 2020 | 10:06pm
Prof Datuk Dr Mazliham Mohd Su’ud. - Foto MMU
Prof Datuk Dr Mazliham Mohd Su’ud. - Foto MMU

Dr Mazliham dilantik Presiden MMU

CYBERJAYA: Prof Datuk Dr Mazliham Mohd Su'ud dilantik sebagai Presiden Universiti Multimedia (MMU) yang baharu, berkuat kuasa 1 Ogos lalu.

MMU dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan pelantikan Mazliham sebagai presiden kelima MMU bagi menggantikan Prof Datuk Dr Ahmad Rafi Mohamed Eshaq, yang menamatkan perkhidmatannya sebagai presiden universiti, pada Februari lalu.

MMU menyatakan pelantikan Mazliham, yang akan membawa pengalamannya hampir 25 tahun dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta industri pendidikan tinggi berasaskan teknologi, tepat pada masanya ketika universiti itu sedang mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju pendidikan berasaskan ICT, terutama dalam memperjuang inovasi dan keusahawanan. – BERNAMA

Berita Harian X