Selasa, 11 Ogos 2020 | 5:28pm
Pelajari kemahiran terkini seperti Bahasa Isyarat Malaysia, reka bentuk lensa Snapchat, AR VR dan banyak lagi. - Foto OpenLearning
Pelajari kemahiran terkini seperti Bahasa Isyarat Malaysia, reka bentuk lensa Snapchat, AR VR dan banyak lagi. - Foto OpenLearning

Tingkatkan potensi dengan skil baharu menerusi portal UPSKIL.my

PERKEMBANGAN digitalisasi dalam dunia normal baharu telah meningkatkan permintaan terhadap tenaga pekerja yang cekap dan berkemahiran. 

Ini turut mewujudkan persaingan yang kian mencabar merentas  semua industri di Malaysia termasuklah pendidikan, kerjaya mahupun perniagaan. 

Buat masa ini, setiap peluang yang ada perlulah direbut oleh setiap lapisan masyarakat untuk meningkatkan potensi diri dengan mempelajari pelbagai kemahiran secara dalam talian.

Kuasai skil baharu

Platform teknologi pendidikan, OpenLearning, kini memperkenalkan sebuah portal kemahiran digital terkini iaitu UPSKIL.my.

Portal dalam talian ini menawarkan kursus, sijil dan program berasaskan kemahiran untuk mereka yang ingin maju dalam kerjaya, mencari pekerjaan baharu atau menambah ilmu pengetahuan.

Image

UPSKIL.my menyediakan kursus-kursus dalam talian yang berkualiti tinggi dengan kerjasama rakan-rakan institusi pendidikan, syarikat latihan, organisasi dan pendidik individu di Malaysia dan seluruh dunia.

Anda boleh memilih untuk mengikuti kursus percuma atau berbayar, termasuklah kursus jangka pendek dan kelayakan mikro, program bersijil dan bengkel digital. 

Setakat ini, UPSKIL.my menawarkan pelbagai kursus termasuklah pengurusan kewangan, Industri 4.0, Bahasa Isyarat Malaysia, reka bentuk lensa Snapchat, dan banyak lagi.

Manfaat istimewa

Berbeza dengan platform pendidikan yang lain, mereka yang mengambil kursus di UPSKIL.my juga berpeluang untuk mengetengahkan kemahiran, bakat dan pengalaman terkini melalui sijil dan portfolio digital mereka di OpenLearning. 

Berbekalkan pencapaian ini, pelajar akan dapat menarik perhatian majikan, membina hubungan profesional serta meluaskan potensi kerjaya.

Selain itu, portal ini berupaya memberi pengalaman pembelajaran berasaskan komuniti secara aktif dengan menghubungkan pelajar dari seluruh dunia.

Image

Pembelajaran menerusi portal ini juga ternyata lebih fleksibel kerana anda boleh menyesuaikan waktu pembelajaran mengikut jadual anda sendiri. 

Graduan, Alaudin Rafiq bin Rosman, berkata melalui platform OpenLearning, pelajar boleh menambah ilmu pengetahuan serta berkongsi idea untuk menyiapkan latihan dan projek di mana sahaja mereka berada. 

"Saya akan terus mengambil kursus 'online' di platform ini kerana ia memudahkan saya dalam menguruskan masa untuk melakukan pelbagai aktiviti, kerja dan pembelajaran praktikal yang lain pada waktu yang sama", katanya.

Portal UPSKIL.my kini menawarkan potongan yuran kursus sebanyak 10% dengan kod promo UPSKILNOW.

Peluang jana pendapatan

Selain mengikuti kursus perkembangan kendiri, mereka yang mempunyai kemahiran, pengalaman atau pengetahuan mengenai topik atau subjek tertentu juga boleh menjana pendapatan kukuh sebagai pencipta kursus dalam talian.

Bermula sekarang hingga November 2020, OpenLearning menawarkan tempoh percubaan percuma selama 30 hari melalui Cabaran Pencipta Kursus 30-Hari dan Dana Sokongan Pencipta bernilai RM100,000. 

Inisiatif ini pastinya membantu anda menghasilkan dan melancarkan kursus dalam talian yang berkualiti tinggi dengan lebih efisien.

Ketahui lebih lanjut mengenai bagaimana anda boleh menyenaraikan kursus dalam talian anda di UPSKIL.my dan dapatkan panduan pembinaan kursus serta rangsangan pemasaran tambahan di bit.ly/OL_Creators.

Transformasi digital

Selain pencipta invididu, OpenLearning turut membuka peluang kepada organisasi yang ingin beralih ke platform digital. Sejak 2015, OpenLearning telah membantu memperkasakan lebih dari 116 organisasi dan rakan industri di Malaysia dan serata dunia dengan teknologi pendidikan dan latihan dalam talian.

Buat masa ini, OpenLearning menawarkan konsultasi peribadi khas untuk membantu institusi pendidikan dan latihan, syarikat korporat, agensi kerajaan, serta organisasi lain di Malaysia untuk menjayakan kandungan atau latihan digital mereka. Sesi konsultasi ini juga termasuk demonstrasi sistem yang diadakan secara langsung.

Organisasi yang berminat  juga layak menerima diskaun terhad untuk langganan platform OpenLearning yang terawal.

Klik bit.ly/OLEnterprise_ untuk maklumat lanjut atau hantarkan emel kepada mymarketing@openlearning.com.

Berita Harian X