Khamis, 26 March 2020 | 11:36am
Pakar perubatan kecemasan USIM, Prof Madya Dr Mohd Azmani Sahar (kiri) dan Ketua Jabatan Hospital Ampang, Dr Ridzuan Datuk Mohd Isa (kanan) menunjukkan pelindung muka yang dihasilkan pensyarah USIM untuk kegunaan barisan hadapan hospital itu.
Pakar perubatan kecemasan USIM, Prof Madya Dr Mohd Azmani Sahar (kiri) dan Ketua Jabatan Hospital Ampang, Dr Ridzuan Datuk Mohd Isa (kanan) menunjukkan pelindung muka yang dihasilkan pensyarah USIM untuk kegunaan barisan hadapan hospital itu.
Pelindung muka ciptaan USIM.
Pelindung muka ciptaan USIM.
Pelindung muka ciptaan USIM dipakai kakitangan bidang perubatan.
Pelindung muka ciptaan USIM dipakai kakitangan bidang perubatan.

COVID-19: USIM cipta pelindung muka untuk barisan hadapan

KUALA LUMPUR: Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mengambil inisiatif menghasilkan pelindung muka atau face shield untuk kegunaan anggota kesihatan barisan hadapan dalam memerangi Covid-19.

Projek penghasilan pelindung muka itu digerakkan sekumpulan pensyarah Fakulti Sains dan Teknologi yang diketuai Dr Mohd Ifwat Mohd Ghazali.

Dr Mohd Ifwat, berkata pelindung muka dihasilkan adalah antara komponen penting perlindungan diri yang dipakai anggota kesihatan dengan kelengkapan Peralatan Perlindungan Peribadi (PPE) yang lain, sekali gus sebagai langkah perlindungan keselamatan untuk mengelakkan mereka terdedah secara langsung dengan virus COVID-19.

Katanya, penghasilan pelindung muka itu dibuat secara berperingkat bermula Isnin lalu.

“Kami mempunyai lima buah unit mesin cetakan 3D yang digunakan untuk pembelajaran dan pengajaran yang kita manfaatkan untuk tujuan murni ini yang mana mesin mempunyai kemampuan untuk menghasilkan lima hingga 10 unit pelindung muka sehari, malah kita telah berjaya siapkan 40 unit buat masa ini.

“Ketika ini permintaan dan penggunaan pelindung muka amat tinggi di hospital tetapi bekalan yang ada kini terhad kerana setiap waktu anggota barisan hadapan akan mengendalikan kes-kes suspek positif COVID-19, justeru perlindungan diri yang sempurna perlu dipakai oleh anggota kesihatan kita,” katanya dalam satu kenyataan.

Dr Mohd Ifwat berkata sebanyak 12 unit set pelindung muka bersama pelindung plastik pakai buang kita telah diserahkan kepada pihak Hospital Tunku Jaafar, Seremban dan 10 set lagi untuk diagihkan ke Hospital Ampang Jaya.

“Bahan yang digunakan bagi menghasilkan pelindung muka ini adalah 3D filaments, A4 transparent sheets, foam padding, glue, tapes dan elastics rubber.

“Kita turut bekalkan dua set untuk digunakan anggota Jabatan Keselamatan USIM yang bertugas di pintu utama universiti dan terdapat permintaan dari hospital serta klinik kesihatan lain, kita akan cuba penuhi dalam masa terdekat,” katanya.

Selain Dr Mohd Ifwat, projek berkenaan diterajui pensyarah terbabit iaitu Dr Muhammad Zamir Othman, Dr SM Shahrul Nizan Shikh Zahari, Dr Azira Khalil, Dr Mohd Azrul Mohd Yunus, Dr Sofina Tamam dan Siti Nazurah Md Jusoh.

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X