Rabu, 24 Julai 2019 | 2:02pm

Bersantai sambil menyumbang di SMK Hillcrest

GOMBAK: Jom bersantai sambil menyumbang untuk pelajar dan Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan Hillcrest di Taman Seri Gombak pada Ahad ini.

Warga Gombak dan sekitarnya berpeluang membantu sekolah berkenaan sempena karnival Keusahawanan 2019 anjuran PIBG SMK Hillcrest dengan kerjasama pihak sekolah, bermula jam 8 pagi hingga 5 petang.

Dengan tema Santai Ceria Seisi Keluarga, pelbagai program, permainan dan gerai jualan makanan serta minuman disediakan untuk pengunjung bersantai sambil menyumbang pada hujung minggu ini.

Antaranya pertandingan Mobile Legends berkumpulan dengan bayaran hanya RM25 yang antara lain menawarkan hadiah hoverboard dan drone berkamera.

Permainan Sony PS4, Supa Dupa dan aktiviti memanah, rumah misteri, Nerf Battle, Giant Bubbles, Hoverboard dan Ikan Sauk juga disediakan. Untuk penjimatan, penganjur menawarkan sumbangan hanya RM25 untuk bermain tanpa had.

Berita Harian X