Jumaat, 15 Februari 2019 | 12:46pm
ZAINUDDIN (empat dari kanan) menerima Anugerah Sekolah Berkualiti (Terbilang) bagi kategori Sekolah Rendah yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Khas Ahli Parlimen Shah Alam, Shamsudin Drani (dua dari kiri) pada Majlis Anugerah Kualiti Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Petaling Perdana. Foto: Norzamira Che Noh.

ZAINUDDIN (dua dari kanan) bersama Penolong Kanan Pentadbiran, Rafeah Basri (dua dari kiri), Penolong Kanan HEM, Suzilianty Madon (kanan) dan Penolong Kanan Ko-Kurikulum, Norazurainee Abdullah (kiri) pada Majlis Anugerah Kualiti Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Petaling Perdana. Foto: Norzamira Che Noh.

SK Bukit Jelutong raih 11 anugerah

SHAH ALAM: Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Jelutong membawa pulang 11 anugerah termasuk anugerah utama iaitu Anugerah Sekolah Berkualiti (Terbilang) peringkat sekolah rendah pada Majlis Anugerah Kualiti 2018 anjuran Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Perdana, hari ini.

Guru Besarnya, Zainuddin Abdul Halim berkata, anugerah yang diperoleh sememangnya mengejutkan, malah beliau dan barisan pentadbir tidak meletakkan harapan yang tinggi.

"Ketika diumumkan sebagai penerima anugerah sekolah berkualiti (Terbilang) saya terkejut, namun gembira serta bersyukur kerana kerja keras semua pihak termasuk guru, ibu bapa dan murid-murid berbaloi.

"Kejayaan ini akan menjadi penanda aras serta cabaran untuk kami kerana kecemerlangan ini perlu dikekalkan," katanya ketika ditemui selepas Majlis Anugerah Kualiti 2018 anjuran Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Perdana di Bangunan SUK, di sini, hari ini.

Beliau berkata, SKBJ adalah sebuah sekolah yang seimbang dengan bukan sahaja cemerlang dalam akademik sebaliknya turut aktif dalam ko-kurikulum.

"Hubungan rapat guru dengan ibu bapa, selain kesungguhan mereka membantu sekolah menjadi salah satu pendorong utama kecemerlangan sekolah kami.

"Terima kasih kepada barisan pentadbir, guru-guru, ibu bapa serta murid-murid atas kejayaan yang diperoleh pada hari ini," katanya.

Selain anugerah sekolah berkualiti, SK Bukit Jelutong turut menerima Sekolah Berprestij; Anugerah Khas PPD; Penolong Kanan Pentadbiran Terbilang; Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Terbilang; Penolong Kanan Ko-Kurikulum Terbilang (tempat ketiga).

Anugerah Pengurusan Bilik Studio Seni Visual Terbilang; Pengurusan Sukan Terbilang; Pengurusan Prasekolah Terbilang; Tempat ketiga Anugerah Flipped Classroom Terbilang (PRASEKOLAH) serta Anugerah Tandas 5 Bintang - Tandas Murid.

Majlis berkenaan diadakan untuk memberi peluang dan pendedahan kepada sekolah dalam daerah Petaling Perdana untuk bersaing secara positif dalam pelbagai kategori yang dipertandingkan.

Berita Harian X