Khamis, 13 Disember 2018 | 7:57pm
Pelajar Cemerlang, Nurul Batrisyia, 15, (dua dari kanan) medapat keputusan cemerlang dalam PT3 yang medapat 9A 1B melihat keputusan bersama Ayahnya, Muzli Zainal, 45 (kanan) bersama ibunya, Mas Farah Mohd Nor, 41 (dua dari kiri) serta adiknya, Nurin Darwisyah, 11, (kiri) selepas megambil keputusan PT3 di Sekolah Menengah Kebagsaan Puteri, Seremban. - Foto Adzlan Sidek
Pelajar Cemerlang, Nurul Batrisyia, 15, (dua dari kanan) medapat keputusan cemerlang dalam PT3 yang medapat 9A 1B melihat keputusan bersama Ayahnya, Muzli Zainal, 45 (kanan) bersama ibunya, Mas Farah Mohd Nor, 41 (dua dari kiri) serta adiknya, Nurin Darwisyah, 11, (kiri) selepas megambil keputusan PT3 di Sekolah Menengah Kebagsaan Puteri, Seremban. - Foto Adzlan Sidek

Keresahan terjawab

Gambar oleh Adzlan Sidek

SEREMBAN: “Malam tadi, saya resah gelisah dan tidak tentu arah memikirkan keputusan,” kata Nurul Batrisyia Muzli, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Puteri, di sini yang memperoleh 9A 1B dalam keputusan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) yang diumumkan, hari ini.

Nurul Batrisyia berkata, dia juga tidak dapat tidur lena kerana memikirkan jika keputusan tidak memuaskan, sekali gus mengecewakan ibu bapanya.

“Sebaik menjejakkan kaki di sekolah pagi ini, saya tidak henti berdoa. Saya bersyukur meraih 9A 1B sedangkan ketika percubaan hanya memperoleh 3A,” katanya ditemani bapa, Muzli Zainal, 45; ibu, Mas Fara Mohd Nor, 40 dan adik, Nurin Darwisyah, 11.

Nurul Batrisyia berkata, dia tidak mengikuti kelas tambahan seperti kebanyakan rakan yang lain dan hanya mengulang kaji pelajaran di rumah di Taman Coral Heights, Sikamat, di sini.

Katanya, dia mahu menyambung pelajaran di SMK King George V, di sini, untuk mengambil aliran Lukisan Kejuruteraan demi mengejar cita-cita sebagai arkitek.

Sementara itu, Muzli yang juga perunding majlis berkata, beliau bersyukur dengan pencapaian anak sulung daripada dua beradik itu dan memberitahu keluarganya amat mementingkan pendidikan.

“Bagi saya, jika memiliki harta ia akan habis tetapi ilmu, tidak. Anak sulung saya adalah kebanggaan keluarga dan menjadi motivasi buat adiknya,” katanya.

Pengetua SMK Puteri, Saadiah Saad, berkata seramai 259 pelajar menduduki PT3 tahun ini dengan 27 daripada mereka meraih keputusan penuh 10A dan 9A, berbanding tahun lalu, 18 pelajar.

“Berlaku peningkatan pencapaian penuh dan kami juga merekodkan 23 pelajar mendapat 9A 1B dan 9A 1C. Secara keseluruhan 204 pelajar mendapat penguasaan tahap minimum manakala 55 pelajar tidak menguasai,” katanya ketika ditemui di pejabatnya, hari ini.

Berita Harian X