Isnin, 27 Ogos 2018 | 8:59am

Tesco terus bantu masyarakat

PESERTA gembira berpeluang menyertai Jelajah BH Didik Bersama-sama Tesco yang diadakan di Universiti Malaya, Kuala Lumpur. - Foto Zulfadhli Zulkifli
PESERTA gembira berpeluang menyertai Jelajah BH Didik Bersama-sama Tesco yang diadakan di Universiti Malaya, Kuala Lumpur. - Foto Zulfadhli Zulkifli

TESCO Stores (M) Sdn Bhd (Tesco Malaysia) meneruskan tanggung jawab sosial korporat (CSR) kepada masyarakat negara ini melalui tiga program utama iaitu pendidikan, alam sekitar dan pengurangan pembaziran makanan.

Pengarah Perkhidmatan Korporat Tesco Malaysia, Puan Azliza Azmel, berkata bagi program pendidikan, pelbagai aktiviti dianjurkan untuk memberi manfaat kepada pelajar, termasuk mengadakan Program Sekolah Angkat Tesco Malaysia dengan kerjasama Yayasan PINTAR.

Katanya, kerjasama itu dilaksanakan dalam tempoh tiga tahun membabitkan sekolah rendah, menengah dan sekolah khas serta Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih di Semenanjung Malaysia.

“Sehingga kini, kita sudah mempunyai 61 sekolah angkat yang mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti CSR dianjurkan Tesco Malaysia, termasuk Program Jelajah BH Didik Bersama-sama Tesco dengan kerjasama NSTP, program kebun dapur, kesedaran kesihatan dan pengurangan pembaziran makanan.

DATUK Seri Abdul Jalil Hamid (kanan) diiringi Encik Paul Ritchie melawat sekitar pasar raya Tesco cawangan Kepong, baru-baru ini. - Foto Zulfadhli Zulkifli
DATUK Seri Abdul Jalil Hamid (kanan) diiringi Encik Paul Ritchie melawat sekitar pasar raya Tesco cawangan Kepong, baru-baru ini. - Foto Zulfadhli Zulkifli

Tingkatkan pencapaian

“Sejak dilaksanakan pada tahun lalu, Tesco Malaysia sudah melabur sebanyak RM3 juta untuk Program Aekolah Angkat Tesco yang dilihat berjaya membantu sekolah yang memerlukan dalam pelbagai aspek, termasuk meningkatkan mutu pencapaian pelajar dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menerima kunjungan daripada pengurusan tertinggi The New Straits Times Press Bhd (NSTP) ke Ibu Pejabat Tesco Malaysia, di sini, baru-baru ini.

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Tesco Malaysia, Encik Paul Ritchiee, manakala NSTP diwakili Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Seri Jalil Abdul Hamid; Ketua Pegawai Komersial, Encik Alfian Abu Talib; Ketua Pengarang, Datuk Yushaimi Yahaya dan Pengarang Bersekutu Digital, Rencana Harian Metro, Encik Husain Jahit.

Tesco Malaysia yang mula beroperasi di negara ini pada tahun 2002 kini mempunyai 56 pasar raya di seluruh negara membabitkan 7,000 pekerja.

Berkongsi mengenai Program Jelajah BH Didik Bersama-sama Tesco, Puan Azliza berkata, 1,000 murid Tahun Enam daripada 30 sekolah pendedahan kepada murid mengenai aspek akademik, tetapi juga satu pengalaman baharu untuk mereka meneroka kehidupan yang tidak diperoleh melalui aktiviti harian di sekolah,” katanya.

Mengambil kira keperluan mengurus pembaziran makanan dengan baik, Tesco Malaysia turut menjalankan program pengurangan pembaziran makanan dengan kerjasama dua organisasi iaitu Kechara Soup Kitchen dan Food Aid Foundation.

Puan Azliza berkata, kerjasama itu membantu mereka menguruskan pembaziran makanan dengan lebih baik kerana beberapa produk seperti bakeri dan sayur-sayuran dapat disalurkan kepada golongan miskin bandar dan gelandangan.

“Sehingga kini, sebanyak 480 tan makanan sudah berjaya diselamatkan daripada pembaziran dan disalurkan kepada golongan yang memerlukan.

“Selain itu, kita turut memberi kesedaran kepada aspek alam sekitar dengan memperkenalkan Unforgetable Bag kepada masyarakat bagi mengurang kan penggunaan plastik di negara ini,” katanya.

Berita Harian X