Khamis, 16 Ogos 2018 | 4:57pm
SEKOLAH Kebangsaan (SK) Senibai Johol bersama Kelab Basikal Tua Segomban (KBTS) dan Kelab Kelab Basikal Tua Negeri Sembilan (KBTN9) menganjurkan konvoi basikal klasik sempena sambutan Bulan Kebangsaan Negara Ke-61. - Foto BERNAMA

Kayuh basikal klasik meriahkan sambutan bulan kemerdekaan

KUALA PILAH: Murid Sekolah Kebangsaan (SK) Senibai, Johol dekat sini, mendapat pengalaman baharu apabila dibawa membonceng basikal klasik oleh penunggang yang lengkap berpakaian era pasca merdeka sempena program sambutan Hari Kebangsaan Ke-61 hari ini.

Seramai 20 murid berpeluang menaiki basikal berkenaan dalam program yang diadakan bersama membabitkan Kelab Basikal Tua Segomban (KBTS) dan Kelab Basikal Tua Negeri Sembilan (KBTN9).

Guru Besar SK Senibai, Asmi Lamin, berkata kayuhan diadakan bertujuan untuk mengembalikan nostalgia kemeriahan sambutan kemerdekaan kepada generasi muda.

“Kayuhan 40 basikal klasik oleh penunggang yang lengkap berpakaian zaman pasca merdeka itu merangkumi jarak sejauh lima kilometer bermula dari SK Senibai ke Rumah Kasih Kampung Inas dan seterusnya menuju Pekan Johol.

“Sepanjang kayuhan, murid yang kebanyakannya anak masyarakat Orang Asli dibawa membonceng bagi merasai susana bagaimana generasi terdahulu gembira menyambut hari kemerdekaaan.

“Suasana bertambah meriah apabila peserta basikal klasik serta murid-murid sekolah melaungkan ‘merdeka’ serta membunyikan loceng basikal masing-masing,” katanya.

Program dirasmikan Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Kuala Pilah, Zainal Abidin Ahmad dan turut dihadiri Tok Batin Luak Johol, Alam Suhut.

Sementara itu, Alam berkata, suatu ketika dahulu basikal adalah pengangkutan utama masyarakat Orang Asli namun kini ia semakin dilupakan.

“Sekitar tahun 50-an hingga 70-an, ramai penduduk Kampung Senibai memiliki basikal tetapi sekarang jarang kerana ramai sudah menggunakan motosikal atau kereta.

“Anak-anak Orang Asli tidak pernah melihat basikal klasik, jadi ini inisiatif yang baik diambil oleh pihak sekolah bersama KBTS dan KBTN9,” katanya.

Berita Harian X