Rabu, 23 Mei 2018 | 6:57pm
Pelajar pendidikan khas Intergrasi Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Indah, bergotong royong mengisi bubur lambuk kedalam bekas pada Program Aktiviti Tanggungjawab Sosial Korport (CSR) Mewah Oilis Sdn Bhd di Sekolah Menengah Kebangssan Pulau Indah. - Foto Roslin Ma Tahir

Pelajar PPKI masak bubur lambuk untuk orang ramai

PELABUHAN KLANG: Seramai 20 pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pulau Indah di sini, teruja berpeluang menyediakan bubur lambuk untuk diagihkan kepada orang ramai, semalam.

Difahamkan, rata-rata pelajar yang bermasalah pembelajaran terbabit julung kali menimba pengalaman menyediakan tiga kuali sajian berkenaan melalui program anjuran syarikat Kumpulan Mewah itu.

Pelajar, Sharifah Aina Najwa Syed Jafri, 16, mengaku gembira berpeluang menyediakan juadah berbuka puasa itu bermula dari proses awal memotong bawang hingga mengagihkannya selepas siap dimasak.

Pelajar pendidikan khas Intergrasi Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Indah, bergotong royong mengacau bubur lambuk pada Program Aktiviti Tanggungjawab Sosial Korport (CSR) Mewah Oilis Sdn Bhd di Sekolah Menengah Kebangssan Pulau Indah. - Foto Roslin Ma Tahir

"Selain mendapat pengalaman memotong bawang dan menumbuk halia bersama rakan, saya dapat memasak bubur lambuk beramai-ramai pada Ramadan ini," katanya sambil berterima kasih kepada pihak penganjur, guru serta kariah Masjid Ar-Rahman, Pulau Indah, kerana memberi peluang bermakna sedemikian.

Yang turut memeriahkan program itu ialah Pengetua SMK Pulau Indah, Mohd Azuan Mohd Nawawi, dan Penyelaras Program Pendidikan Khas sekolah berkenaan, Azhariah Saimi.

Pada program itu, pengurusan Kumpulan Mewah turut menyerahkan sumbangan RM8,000 daripada hasil jualan amal kurma bagi membantu keperluan kelas roti PPKI sekolah berkenaan.

Guru dan pelajar pendidikan khas Intergrasi Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Indah, bergotong royong mengisi bubur lambuk ke dalam bekas pada Program Aktiviti Tanggungjawab Sosial Korport (CSR) Mewah Oilis Sdn Bhd di Sekolah Menengah Kebangssan Pulau Indah. - Foto Roslin Ma Tahir

Sementara itu, Azhariah berkata, penganjuran program berkenaan secara langsung menunjukkan pelajar terbabit juga mampu menyumbang kepada masyarakat.

"Selain itu, ia dapat membantu pelajar berkenaan meningkatkan keyakinan diri dan penguasaan kemahiran mereka," katanya.

Berita Harian X