Khamis, 7 September 2017 | 8:46pm
PENGARAH Program Simulasi Haji Cilik Malaysia, Ruzita Ramli. - Foto Mohd Asri Saifuddin Mamat
PENGARAH Program Simulasi Haji Cilik Malaysia, Ruzita Ramli. - Foto Mohd Asri Saifuddin Mamat
GELAGAT sebahagian daripada 3,200 peserta semasa tawaf ketika menjalani ibadah haji pada program Simulasi Haji Cilik 2017 anjuran Persatuan Tadika Islam Malaysia (PERTIM) di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. - Foto Mohd Asri Saifuddin Mamat

PESERTA melakukan tawaf ketika menjalani ibadah haji pada program Simulasi Haji Cilik 2017 anjuran Persatuan Tadika Islam Malaysia (PERTIM) di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. - Foto Mohd Asri Saifuddin Mamat

SEBAHAGIAN daripada 3,200 peserta pada program Simulasi Haji Cilik 2017 anjuran Persatuan Tadika Islam Malaysia (PERTIM) di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. - Foto Mohd Asri Saifuddin Mamat
SEBAHAGIAN daripada 3,200 peserta pada program Simulasi Haji Cilik 2017 anjuran Persatuan Tadika Islam Malaysia (PERTIM) di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. - Foto Mohd Asri Saifuddin Mamat
GELAGAT sebahagian daripada 3200 peserta semasa Tawaf ketika menjalani ibadah haji pada program Simulasi Haji Cilik 2017 anjuran Persatuan Tadika Islam Malaysia (PERTIM) di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. - Foto Mohd Asri Saifuddin Mamat

 PESERTA mengutip tiga biji batu untuk melontar jamrah ketika program Simulasi Haji Cilik 2017 di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. - Foto Mohd Asri Saifuddin Mamat
PESERTA mengutip tiga biji batu untuk melontar jamrah ketika program Simulasi Haji Cilik 2017 di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. - Foto Mohd Asri Saifuddin Mamat
PESERTA melakukan pemeriksaan imigresen ketika program Simulasi Haji Cilik 2017 di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. - Foto Mohd Asri Saifuddin Mamat
PESERTA melakukan pemeriksaan imigresen ketika program Simulasi Haji Cilik 2017 di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. - Foto Mohd Asri Saifuddin Mamat

Simulasi Haji Cilik pendedahan awal kanak-kanak

SHAH ALAM: Konsep pembelajaran santai menjadi asas utama kepada simulasi haji cilik agar kanak-kanak mudah menerima, memahami, mempelajari dan mengikuti apa yang diajarkan. 

Walaupun proses haji mengikut rukun haji sebenar berdasarkan modul yang ditetapkan, namun proses simulasi itu dilaksanakan bersesuaian dengan kanak-kanak yang berusia empat hingga enam tahun. 

Pengarah Program Simulasi Haji Cilik Malaysia, Ruzita Ramli berkata, peserta Haji cilik sudah diajar di tadika masing-masing oleh guru-guru diwajibkan menyertai taklimat pembimbing Haji Cilik yang ditetapkan. 

"Semasa proses simulasi, guru-guru pembimbing akan mengajar apa yang perlu dilakukan oleh peserta Haji Cilik di setiap 'checkpoint' yang dilalui. 

SEBAHAGIAN daripada 3,200 peserta yang menjalani ibadah haji pada program Simulasi Haji Cilik 2017 di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. - Foto Mohd Asri Saifuddin Mamat
SEBAHAGIAN daripada 3,200 peserta yang menjalani ibadah haji pada program Simulasi Haji Cilik 2017 di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. - Foto Mohd Asri Saifuddin Mamat

PESERTA program Simulasi Haji Cilik 2017 bersiap sedia di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. - Foto Mohd Asri Saifuddin Mamat
PESERTA program Simulasi Haji Cilik 2017 bersiap sedia di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. - Foto Mohd Asri Saifuddin Mamat

"Sebab itu mereka wajib menghadiri taklimat tersebut dan keperluan untuk mengajar simulasi haji ini telahpun termaktub di dalam Ko-Kurikulum Pra Sekolah Kebangsaan (KSPK). 

"Proses pembelajaran pula di tadika mengambil masa selama tiga hingga empat minggu, bermakna sebelum simulasi, anak-anak sudah diajar secara terperinci," katanya di Program Simulasi Haji Cilik kali ke-4 di Masjid Negeri Shah Alam. 

Hadir sama, Pengarah Persatuan Tadika Islam (Pertim), Datuk Nahwari Hashim pada program yang disertai 3,200  Haji Cilik daripada 150 tadika di sekitar Lembah Klang di sini. 

Ruzita berkata, simulasi itu menjadi praktikal terbaik kepada anak-anak seawal usia empat hingga enam tahun kerana di setiap 'checkpoint' adalah proses pembelajaran berterusan yang menyeronokkan. 

"Dalam simulasi ini, peserta Haji Cilik diperkenalkan dengan beberapa 'checkpoint', bermula dengan ibrah (lelaki lengkap berihram dan perempuan bertelekung), wukuf di Arafah, mabit di Mudzalifah, melontar tiga Jamrah, bertahallul, saie dan tawaf serta simulasi korban. 

PESERTA lengkap berpakaian ihram ketika program Simulasi Haji Cilik 2017 di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. - Foto Mohd Asri Saifuddin Mamat
PESERTA lengkap berpakaian ihram ketika program Simulasi Haji Cilik 2017 di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. - Foto Mohd Asri Saifuddin Mamat

gn4id:22548871

"Di sini berlaku proses pembelajaran kepada anak-anak dalam keadaan mereka bersantai, mereka bergerak ke setiap check point sambil bermain santai, dari situ sedikit sebanyak mereka tahu proses haji. 

"Malah di setiap 'checkpoint' ada ibrahnya, sebagai contoh saie iaitu ibrah dari kisah Nabi Ismail dan Siti hajar, simulasi korban ibrahnya pengorbanan Nabi Ibrahim dan sebagainya," katanya. 

Menurut Setiausaha PERTIM itu, simulasi itu telah menjawab kepada gambar, video atau rakaman mengenai ibadah haji yang hanya didengar dan dilihat oleh peserta Haji Cilik sebelum ini. 

"Program ini memberi impak positif kepada peserta kerana jika kita mengajar tentang solat lima waktu, mereka dapat lihat ia dilakukan oleh ibu bapa dan keluarga di rumah tetapi ibadah haji mereka tidak tahu apa yang perlu dilakukan jika tidak mencubanya sendiri. 

"Ada juga segelintir ibu bapa mengaitkan ibadah haji dengan orang dewasa dan warga emas sahaja tetapi simulasi ini mengubah persepsi mereka bahawa anak-anak juga berpeluang menunaikannya. 

"Malah mereka memberi semangat dan membantu anak-anak menabung seawal usia sebagai usaha menggalakkan mereka menunaikan haji atau umrah," katanya. 

Tinjauan BH mendapati, peserta-peserta Haji Cilik teruja menunaikan rukun Islam ke lima itu walaupun ia sekadar simulasi dengan replika Kaabah. Malah ada menyertai simulasi itu lebih dari sekali dengan sokongan ibu bapa yang hadir memberi sokongan.    

Bagi adik 'Hajjah' Nur Damia Hawani Shahril, 6 tahun dari Tadika Anakku Soleh, Kota Kemuning berkata, kali ini dia lebih seronok kerana ia simulasi kedua. 

"Saya bercita-cita untuk ke Makkah bersama kedua ibu dan ayah saya. Saya sudah sertai simulasi ini sebanyak dua kali. Seronok sangat. 

"Sebelum datang ke sini, cikgu sudah ajar di sekolah dan di sini cikgu ajar sekali lagi," katanya.

SUASANA ketika program Simulasi Haji Cilik 2017 di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. - Foto Mohd Asri Saifuddin Mamat
SUASANA ketika program Simulasi Haji Cilik 2017 di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. - Foto Mohd Asri Saifuddin Mamat

Berita Harian X