Selasa, 8 Ogos 2017 | 12:02am
OKSIGEN dimasukkan sebelum membungkus udang.
OKSIGEN dimasukkan sebelum membungkus udang.
5 pelatih terpilih sertai projek menternak udang dapat bimbangan bekas graduan Universiti Malaysia Terengganu (UMT).
5 pelatih terpilih sertai projek menternak udang dapat bimbangan bekas graduan Universiti Malaysia Terengganu (UMT).
5 pelatih terpilih sertai projek menternak udang dapat bimbangan bekas graduan Universiti Malaysia Terengganu (UMT).
5 pelatih terpilih sertai projek menternak udang dapat bimbangan bekas graduan Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

Pelajar Tunas Bakti hasilkan benih udang

KUALA LUMPUR: Bukan mudah mendidik kanak-kanak yang bermasalah dan terbabit jenayah, namun tiada yang mustahil sekiranya ada kemahuan serta keazaman untuk mengubah nasib mereka.

Selaku penjaga dan pembimbing, Sekolah Tunas Bakti Sungai Besi (STBSB) mempunyai tanggungjawab besar dalam mendidik golongan ini dengan kemahiran tertentu supaya dapat berdikari, sekali gus mengelak terjebak semula dengan jenayah.

Pengetuanya, Muhammad Razmee Abd Razak, berkata tidak mustahil mereka mampu menjadi manusia berjaya jika diberi peluang dan harapan selain masyarakat tidak lagi mempunyai stigma terhadap kanak-kanak terbabit.

"Sudah menjadi tugas kita untuk membawa perubahan dan menghasilkan 'produk' atau pelatih yang mempunyai nilai tambah sebagai bekal mereka apabila keluar dari institusi pemulihan ini.

"STBSB tidak mahu hanya dipandang sebagai tempat transit untuk anak-anak bermasalah ini menjalani fasa wajib pemulihan selama tiga tahun, sebaliknya kita mahu mereka keluar sebagai insan yang berilmu dan mampu berdikari selain dilengkapi dengan pendidikan agama.

OKSIGEN dimasukkan sebelum membungkus udang.
OKSIGEN dimasukkan sebelum membungkus udang.

OKSIGEN dimasukkan sebelum membungkus udang.
OKSIGEN dimasukkan sebelum membungkus udang.

"Justeru, mereka perlu menjalani kursus kemahiran berkaitan seperti automotif, elektrik, elektronik, perabot dan binaan bangunan dan terbaru, projek agroteknologi iaitu menternak udang galah, ikan keli dan burung puyuh," katanya ketika ditemui BH, baru-baru ini.

Beliau berkata, untuk permulaan, STBSB memulakan projek menternak udang Mac lalu dengan sokongan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Lembaga Pelawat STBSB.

"Lembaga Pelawat STBSB memberi modal permulaan RM9,000 untuk membeli tangki gentian kaca, benih udang, makanan serta kelengkapan lain seperti penyediaan tapak.

"Lima pelatih yang terpilih menerusi ujian kecenderungan menjadi perintis projek ini yang mendapat bimbingan seorang bekas graduan Universiti Malaysia Terengganu (UMT)," katanya.

Katanya, selepas hampir empat bulan, hasil pertama Projek Tunas Udang Galah mula dituai bulan ini apabila berjaya menjual 25,000 benih anak udang kepada pengusaha kolam udang di ibu negara.

BENIH anak udang.
BENIH anak udang.

"Difahamkan, jumlah itu belum dapat menampung permintaan anak udang untuk pembekal dan penternak udang di sekitar ibu negara yang mencecah 60,000 ekor sebulan.

"Ini menunjukkan projek ini mempunyai prospek pasaran yang baik, namun yang lebih penting adalah untuk memberi peluang kepada pelatih menimba pengetahuan dalam industri ini, sekali gus mereka ada hala tuju apabila meninggalkan STBSB kelak," katanya.

Menurutnya, objektif seterusnya adalah untuk menjual udang galah dewasa dalam tempoh tiga bulan lagi dengan pulangan yang lebih tinggi.

"Kita akan pastikan projek ini membuahkan hasil sehingga boleh menjana keuntungan seterusnya memperkukuhkan kewangan Lembaga Pelawat STBSB yang akan digunakan untuk program pendidikan pelatih.

"Dalam pada itu, projek menternak ikan keli pula direncana bermula pertengahan bulan ini, manakala projek burung puyuh dalam masa terdekat," kata Muhammad Razmee.

Katanya, pihak STBSB perlu merangka projek-projek baharu dalam usaha untuk menarik minat pelatih bagi memastikan mereka mempunyai kemahiran untuk meneruskan kelangsungan hidup selepas tempoh pemulihan tamat.

TANGKI oksigen untuk pastikan udang hidup.
TANGKI oksigen untuk pastikan udang hidup.

"Buat masa ini, kita mempunyai 101 pelatih yang diklasifikasikan sebagai berisiko tinggi kerana terbabit pelbagai jenayah termasuk jenayah berat namun mereka masih muda, daripada usia 14 tahun sehinggalah 18 tahun.

"Mereka masih boleh dilentur, diberi peluang untuk memperbaiki diri dan menginsafi perbuatan mereka, namun kita perlukan sokongan masyarakat untuk menjayakan misi ini.

"Sebahagian besar pelatih kita mempunyai latar belakang daripada keluarga yang bermasalah, justeru kita sebagai masyarakat perlu memahami mengapa mereka terjebak jenayah dan golongan ini perlukan bimbingan dan sokongan berterusan untuk berubah," katanya.

Berita Harian X