Selasa, 7 Februari 2023 | 8:27pm
 Tunku Abdul Aziz Ibrahim
Tunku Abdul Aziz Ibrahim

Tunku Abdul Aziz meninggal dunia

PETALING JAYA: Bekas senator, Tunku Abdul Aziz Ibrahim, meninggal dunia pada usia 89 tahun hari ini.

Kematiannya disahkan oleh anak saudaranya, Tengku Azman Tengku Zainal Abidin, menerusi perkongsian di Instagram.

Tunku Aziz yang juga seorang aktivis, menyertai DAP pada 2008 dan pernah dilantik sebagai Naib Pengerusi parti itu.

Beliau meninggal parti terbabit pada 2012.

Ketika hayatnya, beliau membantu mengasaskan Transparency International Malaysia pada 1998 dilantik sebagai Naib Pengerusinya sehingga Oktober 2002.

Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Penasihat Khas kepada Kofi Annan yang juga Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dari Februari 2006 hingga Januari 2007.

Berita Harian X