Selasa, 7 Februari 2023 | 8:24pm

Kerajaan lantik lima pakar profesional, ekonomi

KUALA LUMPUR: Lima individu dinamakan bagi menganggotai badan penasihat khas yang akan membantu Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Menteri Kewangan.

Perdana Menteri berkata, badan penasihat khas itu adalah golongan profesional dan pakar ekonomi yang diketuai Penasihat PETRONAS, Tan Sri Hassan Marican.

Anwar berkata, lima tokoh terbabit ialah Pengerusi Eksekutif FVSB, Datuk Ahmad Fuad Md Ali; Profesor Ekonomi Universiti Sunway, Prof Dr Yeah Kim Leng; Profesor Ekonomi Universiti Malaya, Datuk Profesor Ulung Rajah Rasiah; dan Pengerusi Sarawak Energy Berhad, Datuk Amar Abdul Hamed Sepawi.

"Saya mengulangi pendirian badan penasihat khas yang dilantik ini tidak akan menerima sebarang bayaran daripada kerajaan," katanya melalui kenyataan di sini, malam ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. - NSTP/MOHD FADLI HAMZAH
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. - NSTP/MOHD FADLI HAMZAH

Berita Harian X