Selasa, 6 Disember 2022 | 7:59pm
Ucapkan Takziah dari Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui Facebooknya kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin dan keluarga.
Ucapkan Takziah dari Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui Facebooknya kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin dan keluarga.

Perdana Menteri ucap takziah kepada Muhyiddin

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim, merakamkan ucapan takziah kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin dan keluarga atas pemergian abang Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yassin, pada jam 9.50 pagi tadi.

"Semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama orang yang beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah," kata Perdana Menteri menerusi hantaran di laman Facebook beliau, hari ini.

Abdul Aziz, yang dilahirkan di Muar pada 27 Oktober 1932, meninggal dunia pada usia 90 tahun.

Jenazah arwah dimandi serta disolatkan di Masjid Muadz Ibn Jabbal, di sini sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Gombak, petang ini.

Allahyarham pernah menjadi Ahli Parlimen Muar selama sepenggal selepas memenangi kerusi itu pada Pilihan Raya Umum Kesembilan.

Beliau juga pernah menjadi Ketua Bahagian UMNO Muar dari 1993 hingga 1995. - BERNAMA

Berita Harian X