Rabu, 23 November 2022 | 12:04am
Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN), selesai bersidang bagi membincangkan ketetapan berhubung sokongan terhadap calon Perdana Menteri Ke-10, kira-kira jam 10 malam tadi.
Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN), selesai bersidang bagi membincangkan ketetapan berhubung sokongan terhadap calon Perdana Menteri Ke-10, kira-kira jam 10 malam tadi.

BN mohon penangguhan pertemuan Ahli Parlimennya dengan Agong

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) sudah mempersembahkan permohonan menangguhkan pertemuan bersama Yang di-Pertuan Agong yang dijadualkan berlangsung di Istana Negara pada jam 10 pagi esok, kata Setiausaha Agung MCA, Datuk Chong Sin Woon.

Pada masa sama, Barisan Nasional kekal dengan pendirian tidak menyokong mana-mana gabungan parti politik.

Siang tadi, Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) hari ini memutuskan untuk tidak menyokong Pakatan Harapan (PH) atau Perikatan Nasional (PN) bagi membentuk kerajaan.

Berita Harian X