Selasa, 27 September 2022 | 5:30pm
Norhafifi (tiga, kanan) membuat pemeriksaan bot dan aset APM ketika meninjau kesiapsiagaan menghadapi bencana di Pusat Kawalan Operasi Daerah Wilayah Persekutuan Labuan hari ini. Foto Bernama
Norhafifi (tiga, kanan) membuat pemeriksaan bot dan aset APM ketika meninjau kesiapsiagaan menghadapi bencana di Pusat Kawalan Operasi Daerah Wilayah Persekutuan Labuan hari ini. Foto Bernama

10,500 petugas APM sedia dikerah pada bila-bila masa

LABUAN: Labuan: Kira-kira 10,500 pegawai operasi dan teknikal Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) sudah bersiap sedia melaksanakan operasi penuh 24 jam sehari pada bila-bila masa, apabila bencana banjir mula melanda negara hujung tahun ini.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) APM, Dr Norhafifi Ismail, berkata ia selaras dengan keperluan meningkatkan kecekapan aset dan menambah baik keperluan operasi bantuan serta menyelamat, menjelang ketibaan musim banjir sekitar hujung tahun yang dijangka bermula November ini.

Beliau berkata, pihaknya akan menggerakkan semua aset keperluannya dari negeri yang tidak terjejas, ke negeri yang dijangka berdepan bencana banjir nanti terutama di pantai timur, bagi menambah baik keperluan logistik dan memperhebatkan operasi apabila diperlukan nanti.

"Saya sedang melawat pejabat dan bilik operasi APM di seluruh negara serta memeriksa aset dan kekuatan anggota sebagai persiapan menghadapi banjir.

"Kita akan mengenal pasti kawasan yang sering dilanda banjir, terutama di pantai timur Malaysia, Sabah, Sarawak dan Labuan, untuk pastikan usaha koordinasi dalam persiapan menghadapi banjir," katanya kepada media selepas melawat pusat operasi APM di sini, hari ini.

Beliau berkata, APM kini memiliki 1, 304 aset (untuk operasi menyelamat di air, jalan raya dan kawasan kediaman) serta 64, 310 Collapsible Tent (C-Tent) dan kerajaan juga sudah mewartakan sejumlah 6,000 pusat pemindahan banjir di seluruh negara.– BERNAMA

Berita Harian X