Sabtu, 17 September 2022 | 11:33am
Rakyat berbilang kaum memeriahkan sambutan Hari Malaysia peringkat kebangsaan di Dataran Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Bandar Hilir, Melaka. - NSTP/MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI

'Manifestasi kebangkitan negara'

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyifatkan sambutan Hari Malaysia 2022 peringkat kebangsaan amat meriah dan menjadi manifestasi kebangkitan negara selepas bergelut dengan pelbagai cabaran pada tahun-tahun sebelumnya.

Perdana Menteri berkata, sambutan di Dataran Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan Banda Hilir, Melaka malam tadi sungguh bermakna, dan mengimbau kembali detik-detik laungan kemerdekaan oleh perdana menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

Antara persembahan sempena sambutan Hari Malaysia peringkat kebangsaan 2022 di Dataran Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Bandar Hilir, Melaka. - NSTP/MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI

"Saya bangga dengan penganjuran Hari Malaysia yang penuh gilang-gemilang ini. Terima kasih Keluarga Malaysiaku," katanya menerusi catatan di akaun Facebook, hari ini.

Sambutan Hari Malaysia itu menampilkan keunikan tema busana era 50-an dan 60-an yang dipilih bagi meraikan hari memperingati pembentukan Malaysia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (dua, kiri), melakukan gimik perasmian Sambutan Hari Malaysia peringkat Kebangsaan di Dataran Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Bandar Hilir, Melaka. Turut hadir, Timbalan Ketua Menteri II Sabah, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan (kiri), Timbalan Premier Sarawak, Datuk Awang Tengah Ali Hasan (dua, kanan) dan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa (kanan). - NSTP/MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI

Sambutan dihadiri lebih 20,000 pengunjung itu buat julung kalinya diadakan di Semenanjung dengan Melaka menjadi tuan rumah acara gilang-gemilang itu.

– BERNAMA

Berita Harian X