Khamis, 25 Ogos 2022 | 4:22pm
Laporan BH Online pada 9 Ogos lalu mengenai premis di Setapak, Kuala Lumpur, yang dipercayai dijadikan markas operasi kumpulan Hadi Minallah.
Laporan BH Online pada 9 Ogos lalu mengenai premis di Setapak, Kuala Lumpur, yang dipercayai dijadikan markas operasi kumpulan Hadi Minallah.

Ajaran sesat Hadi Minallah masih dalam siasatan

SHAH ALAM: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sedang memperincikan siasatan berkaitan ajaran sesat Hadi Minallah dan laporan mengenainya dijangka dikeluarkan tidak lama lagi.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Hal Ehwal Pengguna dan Industri Halal Selangor, Mohd Zawawi Ahmad Mughni, berkata siasatan JAIS, antara lain mengambil kira sama ada ajaran itu membabitkan warga tempatan atau sebaliknya.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Hal Ehwal Pengguna dan Industri Halal Selangor, Mohd Zawawi Ahmad Mughni.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Hal Ehwal Pengguna dan Industri Halal Selangor, Mohd Zawawi Ahmad Mughni.

"Setakat ini (kerajaan negeri) masih menunggu siasatan dan laporan penuh berkenaan ajaran sesat terbabit. Kenyataan rasmi mengenainya akan dikeluarkan JAIS dalam tempoh terdekat," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Forum Kesedaran Penipuan Dalam Talian dan Pelancaran Aplikasi Whoscall di sini, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary, berkata ajaran sesat itu turut dikesan disebarkan di Selangor, Johor dan Kedah.

Siasatan dilakukan terhadap ajaran sesat di tiga negeri itu bagi tujuan pendakwaan sekiranya boleh disabitkan dan segala tindakan diserahkan kepada kerajaan negeri masing-masing.

Berita Harian X