Sabtu, 20 Ogos 2022 | 6:39pm

Ugut ketua hakim, lelaki ditahan

Kuala Lumpur: Lelaki dikenali sebagai 'Apiez Bond' menerusi akaun Facebook yang dikesan mengeluarkan ancaman dan ugutan terhadap Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat, ditahan malam tadi.

Lelaki berusia 30 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Puchong, Selangor, pada jam 11.15 malam oleh sepasukan pegawai dan anggota polis dari Bukit Aman.

Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia, Asisten Komisioner A Skandaguru, berkata pihak polis turut merampas satu unit telefon bimbit berserta kad sim ketika serbuan.

"Telefon bimbit dan kad sim itu dipercayai digunakan untuk memuat naik hantaran ugutan.

"Suspek kini direman empat hari bermula 20 Ogos (semalam) hingga 23 Ogos untuk siasatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Skandaguru berkata, siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 kerana mengeluarkan kenyataan yang berkecenderungan menghasut; Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana cuba menakutkan secara jenayah dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar rangkaian atau kemudahan rangkaian.

"Telefon bimbit dan kad sim itu dipercayai digunakan untuk memuat naik hantaran ugutan tersebut.

"Suspek kini ditahan reman selama empat hari bermula 20 Ogos hingga 23 Ogos untuk siasatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

A Skandaguru berkata siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 kerana mengeluarkan kenyataan yang berkecenderungan menghasut; Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana cuba menakutkan secara jenayah dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar penggunaan rangkaian atau kemudahan rangkaian.

Berita Harian X