Selasa, 16 Ogos 2022 | 11:55pm
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan, berangkat pada Sambutan Negara di Istana Presiden hari ini. - Foto BERNAMA

Agong diberi Sambutan Negara di Turkiye

ANKARA: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, yang berangkat ke Kompleks Presiden di sini hari ini, diberi Sambutan Negara sempena lawatan baginda ke Turkiye.

Keberangkatan tiba Seri Paduka pada jam 5.30 petang (waktu tempatan) disambut oleh Presiden Recep Tayyip Erdogan.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, diiringi Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan, memeriksa barisan kawalan kehormat Tentera Turki pada Sambutan Negara di Istana Presiden. - Foto BERNAMA

Baginda menerima tabik hormat daripada Pasukan Pengamanan Presiden, diiringi lagu kebangsaan Malaysia 'Negaraku' dan lagu kebangsaan Turkiye 'Istiklal Marsi' serentak dengan tembakan meriam 21 das.

Al-Sultan Abdullah yang diiringi Erdogan, kemudian memeriksa perbarisan pasukan kawalan kehormatan serta diperkenal kepada barisan Kabinet pemerintah Turkiye.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, memperkenalkan Menteri Kewangan yang juga menteri pengiring, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, kepada Presiden Recep Tayyip Erdogan, pada Sambutan Negara di Istana Presiden hari ini. - Foto BERNAMA

Turut hadir Menteri Pengiring yang juga Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz; Pegawai Pengiring Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Datuk Seri Amran Mohamed Zin; Ketua Protokol Kementerian Luar, Aini Mohd Atan; dan Duta Besar Malaysia ke Turkiye, Sazali Mustafa Kamal.

Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, kini dalam rangka Lawatan Negara ke Turkiye selama tujuh hari bermula semalam.

Al-Sultan Abdullah juga melakukan pertemuan empat mata dengan Erdogan di Istana Presiden.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, melakukan pertemuan empat mata bersama Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan pada Sambutan Negara di Istana Presiden, hari ini. - Foto BERNAMA

Pertemuan Al-Sultan Abdullah dengan Presiden Turkiye itu adalah yang pertama selepas baginda menaiki takhta sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 30 Julai 2019.

Seri Paduka sebelum ini menyampaikan persetujuan untuk melakukan Lawatan Negara ke Turkiye ketika menerima panggilan telefon secara peribadi daripada Erdogan pada Mei lalu.

Dalam perbualan telefon itu, Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan ucapan tahniah kepada Erdogan atas pembukaan Masjid Besar Hagia Sophia. – BERNAMA

Berita Harian X