Khamis, 11 Ogos 2022 | 3:51pm

SPAN, JAS siasat insiden pencemaran bahan kimia di Sungai Semantan

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Air Selangor memulakan siasatan berhubung insiden pencemaran bahan kimia di Sungai Semantan, Pahang.

Pencemaran yang menyebabkan 394 kawasan di wilayah Petaling, Kuala Lumpur dan Hulu Langat mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual dipercayai akibat kemalangan membabitkan lori yang disyaki membawa bahan tercemar, pagi semalam.

Pengarah Unit Kuat kuasa SPAN, Ainal Yusman Mohd Yusop, berkata pihaknya bersama JAS, Air Selangor dan dibantu Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) serta ANIH Berhad selaku pengendali Lebuh raya Karak-Kuala Lumpur, meninjau lokasi kemalangan di Lebuh raya Karak-Bentong, di Kilometer (KM75.9).

"Siasatan awal kami pada mulanya membuat jejakan di muka sauk Sungai Semantan bagi mengambil sampel air seterusnya ke kawasan kemalangan untuk mengambil sampel air kedua untuk memastikan adakah bahan tercemar yang mengalir ke Loji Rawatan Air Langat 2 (LRA Langat 2) disebabkan bahan tercemar ini," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian kemalangan lori berkenaan.

Pegawai Penguatkuasa SPAN bersama JAS melakukan siasatan sampel bahan tercemar yang diambil dari lokasi kemalangan sebuah lori di Lebuh raya Karak-Bentong KM75.9 menuju Kuala Lumpur semalam yang menyebabkan Loji Rawatan Air Langat 2 (LRA Langat 2) terpaksa dihenti tugas sementara pada jam 4.30 pagi. - NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali

Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Air Selangor memulakan siasatan berhubung insiden pencemaran bahan kimia di Sungai Semantan, Pahang. - NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali

Pencemaran yang menyebabkan 394 kawasan di wilayah Petaling, Kuala Lumpur dan Hulu Langat mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual dipercayai akibat kemalangan membabitkan lori yang disyaki membawa bahan tercemar, pagi semalam. - NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali

Ainal Yusman berkata, setakat ini tiada sebarang punca dapat disahkan sehinggalah sampel air berkenaan dihantar ke Jabatan Kimia.

"Adalah terlalu awal untuk mendapatkan punca berlakunya kejadian air tercemar di LRA Langat 2 sama ada disebabkan kemalangan lori yang berlaku semalam (Rabu) atau faktor lain.

"Pihak JAS akan menyerahkan sampel itu kepada Jabatan Kimia untuk dianalisis dan dikaji sebelum keputusannya diketahui dalam masa selewat-lewatnya antara dua minggu hingga sebulan," katanya.

Kejadian pencemaran itu menyebabkan sebanyak 394 kawasan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual bermula jam 10 pagi, hari ini.

Menurut Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam satu kenyataan berkata gangguan bekalan air tidak berjadual itu adalah susulan henti tugas sementara Loji Rawatan Air Langat 2 (LRA Langat 2) pada jam 4.30 pagi tadi.

Tinjauan BH di KM75.9 mendapati kerja pembersihan di saliran air di lokasi berkenaan yang menuju ke Sungai Semantan bermula petang ini.

Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Air Selangor memulakan siasatan berhubung insiden pencemaran bahan kimia di Sungai Semantan, Pahang. - NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali
Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Air Selangor memulakan siasatan berhubung insiden pencemaran bahan kimia di Sungai Semantan, Pahang. - NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali

Pengarah Penguatkuasa SPAN, Ainal Yusman Mohamad Yusop melihat sampel bahan tercemar. - NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali
Pengarah Penguatkuasa SPAN, Ainal Yusman Mohamad Yusop melihat sampel bahan tercemar. - NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali

Pegawai Penguatkuasa SPAN bersama JAS melakukan siasatan sampel bahan tercemar yang diambil dari lokasi kemalangan sebuah lori di Lebuh raya Karak-Bentong KM75.9 menuju Kuala Lumpur semalam yang menyebabkan Loji Rawatan Air Langat 2 (LRA Langat 2) terpaksa dihenti tugas sementara pada jam 4.30 pagi. - NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali
Pegawai Penguatkuasa SPAN bersama JAS melakukan siasatan sampel bahan tercemar yang diambil dari lokasi kemalangan sebuah lori di Lebuh raya Karak-Bentong KM75.9 menuju Kuala Lumpur semalam yang menyebabkan Loji Rawatan Air Langat 2 (LRA Langat 2) terpaksa dihenti tugas sementara pada jam 4.30 pagi. - NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali
Berita Harian X