Isnin, 8 Ogos 2022 | 5:36pm
Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, merasmikan pelancaran pameran ‘Synthesis’ di Galeri Prima. Hadir sama, Pengerusi Kumpulan Media Prima, Datuk Seri (Dr) Syed Hussian Aljunid (kiri) dan Pengarah Urusan Kumpulan, Rafiq Razali (dua dari kanan). - Foto Asyraf Hamzah

Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah (tengah) berkenan mencanting batik selepas merasmikan pameran ‘Synthesis’ di Galeri Prima. Turut kelihatan, Pengerusi Kumpulan Media Prima, Datuk Seri (Dr) Syed Hussian Aljunid (3, kanan) dan Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima, Rafiq Razali (kanan). - Foto Asyraf Hamzah

Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah (kiri) berkenan melihat pameran selepas merasmikan pameran ‘Synthesis’ di Galeri Prima. Turut kelihatan, Pengerusi Kumpulan Media Prima, Datuk Seri (Dr) Syed Hussian Aljunid (2, kanan) dan Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima, Rafiq Razali. - Foto Asyraf Hamzah

Galeri Prima pamerkan 40 rekaan batik Tunku Azizah

KUALA LUMPUR: Lebih 40 rekaan batik dihasilkan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, dipamerkan di Galeri Prima, Balai Berita The New Straits Times Press (NSTP), dekat Bangsar, di sini bermula 1 Ogos lalu hingga 18 September ini.

Istimewanya, Galeri Prima adalah galeri seni persendirian pertama mendapat kebenaran Tunku Azizah untuk mempamerkan karya eksklusif baginda, batik cetakan blok iaitu antara teknik pembuatan batik tradisional tertua di negara ini.

Raja Permaisuri Agong juga berkenan memperkenankan Galeri Prima mempamerkan karya seorang daripada pelukis batik terbaik negara, Ramli Malek, di antara 1943 hingga 1982.

Beberapa karya yang dipamerkan adalah sebahagian daripada koleksi seni persendirian Tunku Azizah dan tidak pernah dipamerkan kepada umum sebelum ini.

Ketika berkongsi pengalaman bersama tetamu pada majlis pelancaran pameran itu, Tunku Azizah mengakui, mempunyai minat yang tinggi melukis seni batik walaupun tidak mempunyai masa menyulam sendiri pakaian.

"Ia (melukis seni batik) adalah perkara yang saya suka. Saya hanya gunakan apa yang ada, perasaan saya ketika itu, saya hanya akan 'splash' warna itu.

"(Pada awal) Saya tidak tahu apa yang akan peroleh atau dihasilkan tetapi pada penghujung harinya, ia okaylah," titah baginda ketika melancarkan pameran bertajuk 'Synthesis' di Galeri Prima, hari ini.

Puteri baginda, Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah, turut hadir menyaksikan pameran itu.

Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah (tengah) berkenan melihat pameran selepas merasmikan pameran ‘Synthesis’ di Galeri Prima. Turut kelihatan, Pengerusi Kumpulan Media Prima, Datuk Seri (Dr) Syed Hussian Aljunid (3, kiri) dan Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima, Rafiq Razali (2, kanan). - Foto Asyraf Hamzah

Pengerusi Kumpulan Media Prima, Datuk Seri Dr Syed Hussian Aljunid, ketika berucap di majlis itu, menyifatkan pameran karya Tunku Azizah itu adalah satu penghormatan buat Galeri Prima.

"Galeri Prima amat berbesar hati dan berbangga kerana dikurniakan peluang untuk mempamerkan karya batik baginda Tuanku yang indah, di samping karya batik yang diilhamkan oleh artis tempatan terkenal dan baharu.

"Galeri Prima yang pertama kali ditubuhkan pada 1994 dan kemudiannya diubah suai pada 2016 untuk menyediakan platform kepada artis baharu tempatan mempamerkan bakat mereka.

"Patik percaya hasil seni Tuanku yang indah akan memberikan dorongan dan inspirasi kepada artis lain untuk diikuti," katanya.

Pameran bertemakan Synthesis itu turut menampilkan 42 karya seni 37 artis tempatan terkenal dan baharu seperti Datuk Chuah Thien Teng, Chuah Seow Keng, Yusof Ghani, Abdullah Jones, Fauzin Mustafa, Mastura Abdul Rahman, Zaharin Muhammad dan Raja Azhar Idris.

Syed Hussian berkata, sebahagian daripada hasil jualan karya seni itu akan disalurkan kepada Yayasan Fertiliti Tunku Azizah (TAFF).

Sementara itu, Atomy Malaysia Sdn Bhd, iaitu syarikat yang bekerjasama merealisasikan pameran berkenaan, berkata pihaknya berterima kasih kepada Media Prima atas jemputan untuk menjayakan kolaborasi terbabit.

Pengurus Negara Atomy Malaysia, Sean Kim, berkata kerjasama itu adalah peluang besar kepada kedua-dua syarikat dan usaha itu akan diteruskan di masa hadapan.

"Ini adalah antara usaha syarikat untuk menyokong Raja Permaisuri Agong yang dikasihi, hari ini. Atomy mempraktikkan budaya berkongsi, oleh itu, setiap keuntungan yang diperoleh akan diagihkan semula," katanya.

Setakat ini, tambahnya, syarikatnya sudah menyumbang lebih RM6 juta kepada komuniti terutamanya golongan B40, pusat gelandangan dan persatuan pekak.

"Kali ini, kita memilih untuk bekerjasama dengan Media Prima kerana kita mempunyai budaya yang sama, iaitu menyumbang kepada masyarakat," katanya.

Sekitar perasmian pameran rekaan batik sentuhan Tunku Azizah bertajuk Synthesis di Galeri Prima hari ini.

Berita Harian X