X
Khamis, 4 Ogos 2022 | 10:59pm
Mesyuarat MKT UMNO diadakan di Menara Dato Onn malam ini, dipengerusikan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. - Foto Facebook Ahmad Maslan
Mesyuarat MKT UMNO diadakan di Menara Dato Onn malam ini, dipengerusikan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. - Foto Facebook Ahmad Maslan

Mesyuarat MKT UMNO bincang kelulusan ROS, persiapan PRU-15

KUALA LUMPUR: UMNO malam ini mengadakan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) di Menara Dato Onn di sini.

Berdasarkan perkongsian Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan di Facebook, mesyuarat itu dipengerusikan oleh Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan turut dihadiri timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Yang turut hadir ketiga-tiga Naib Presiden, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Difahamkan, antara topik yang dibincangkan pada mesyuarat itu adalah mengenai kelulusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) mengenai usul pindaan Perlembagaan UMNO.

Selain itu, difahamkan perbincangan juga menjurus kepada perkara berkaitan persiapan parti dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Terdahulu, Ahmad Zahid dilaporkan mempengerusikan mesyuarat Biro Politik UMNO yang turut disertai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri.

Berita Harian X