Isnin, 1 Ogos 2022 | 4:26pm
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan I, Datuk Seri Ahmad Hamzah
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan I, Datuk Seri Ahmad Hamzah

RUU Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Pindaan) 2022 diluluskan

KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang (RUU) Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Pindaan) 2022 diluluskan Dewan Rakyat bertujuan meminda Akta Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan 1965.

RUU itu diluluskan secara sebulat suara, antara lain membolehkan Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas dan peruntukan mengenai kuasa menteri untuk menetapkan tarikh permulaan kuat kuasa akta yang dicadangkan.

RUU dibentangkan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan I, Datuk Seri Ahmad Hamzah itu diluluskan sebulat suara selepas dibahaskan kira-kira tiga jam oleh 16 Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun mengumumkan RUU itu diluluskan tanpa pindaan selepas bacaan kali ketiga.

Berita lanjut menyusul.

Berita Harian X