Ahad, 10 Julai 2022 | 10:20am

Agong, Raja Permaisuri tunai solat Aidiladha di Masjid Tengku Ampuan Afzan

KUANTAN: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini, berkenan menunaikan solat sunat Aidiladha bersama ribuan jemaah di Masjid Tengku Ampuan Afzan di sini.

Keberangkatan tiba Seri Paduka pada jam 8.20 pagi diiringi Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah disambut Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Turut berada di masjid barisan pentadbiran negeri dan Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman.

Yang Dipertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan untuk menyaksikan ibadah korban, di Masjid Indera Mahkota (Masjid Tengku Ampuan Afzan). - Foto Farizul Hafiz Awan
Yang Dipertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan untuk menyaksikan ibadah korban, di Masjid Indera Mahkota (Masjid Tengku Ampuan Afzan). - Foto Farizul Hafiz Awan

Solat sunat itu dipimpin oleh imam besar masjid, Mohd Hafidz Suhailie yang turut menyampaikan bacaan khutbah Aidiladha.

Selesai solat, Al-Sultan Abdullah dan Tengku Hassanal berkenan menyaksikan ibadah korban yang berlangsung di pekarangan masjid yang turut membabitkan lembu sumbangan Seri Paduka. - BERNAMA

Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah berangkat tiba di Masjid Tengku Ampuan Afzan Indera Mahkota, Kuantan bagi menunaikan solat sunat Aidiladha dan ibadah korban. - Foto BERNAMA
Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah berangkat tiba di Masjid Tengku Ampuan Afzan Indera Mahkota, Kuantan bagi menunaikan solat sunat Aidiladha dan ibadah korban. - Foto BERNAMA
Berita Harian X