Sabtu, 25 Jun 2022 | 12:01am

'Top 5' UMNO hadir kecuali Ismail Sabri

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang berlangsung malam ini, dihadiri kesemua kepimpinan tertinggi kecuali Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merangkap Naib Presiden parti.

Ini kerana Perdana Menteri dijadual menghadiri program Dialog Peringkat Tertinggi Mengenai Pembangunan Global bersama lapan ketua negara secara dalam talian yang berlangsung malam sama.

Antara pemimpin 'Top 5' UMNO yang hadir ialah Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan dan dua Naib Presiden iaitu Datuk Seri Mahdzir Khalid serta Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Hadir sama Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Mesyuarat MKT itu bermula jam 8 malam tadi di Menara Dato Onn di sini dan masih berlangsung ketika ini.

Ia dipercayai membincangkan mengenai Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) dan isu displin.

Mesyuarat MKT UMNO yang berlangsung di Menara Dato Onn di sini, malam ini. - Foto Facebook Datuk Seri Mohamad Hasan
Mesyuarat MKT UMNO yang berlangsung di Menara Dato Onn di sini, malam ini. - Foto Facebook Datuk Seri Mohamad Hasan
Berita Harian X