Jumaat, 24 Jun 2022 | 3:27pm
Kenderaan dinaiki lapan sekeluarga yang terbabit dengan kemalangan dengan kenderaan lain di Jalan Simpang Pulai - Cameron Hoghlands - Foto NSTP/Bomba
Kenderaan dinaiki lapan sekeluarga yang terbabit dengan kemalangan dengan kenderaan lain di Jalan Simpang Pulai - Cameron Hoghlands - Foto NSTP/Bomba

8 sekeluarga cedera, seorang parah

IPOH: Lapan sekeluarga cedera termasuk seorang daripadanya parah apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki mereka bertembung dengan sebuah pacuan empat roda (4WD) di Kilometer 26, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands, di sini, pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, nahas membabitkan Perodua Alza dinaiki lapan sekeluarga itu dengan Toyota Hilux yang dipandu seorang lelaki warga Bangladesh.

Katanya, panggilan kecemasan berhubung kejadian diterima jam 11.05 pagi dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) digerakkan ke lokasi.

Ketika tiba di lokasi kejadian, mangsa sudah dikeluarkan oleh orang awam.

Kenderaan keluarga itu dalam perjalanan dari Simpang Pulai ke Cameron Highlands manakala sebuah lagi kenderaan dari arah bertentangan.

"Bomba memberikan rawatan awal kepada mangsa yang cedera, sebelum mereka dihantar ke hospital dengan ambulans dan jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS)," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mangsa yang parah di kepala adalah seorang wanita yang duduk di bahagian penumpang belakang.

Berita Harian X