Khamis, 23 Jun 2022 | 3:36pm
Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menyampaikan Titah Diraja secara maya sekali gus melancarkan Pelan Strategik Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) 2021-2025 dan Manfaat Kewangan Asnaf di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, hari ini. - BERNAMA

Agong selesai jalani prosedur intervensi sendi buku lali, lutut

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selesai menjalani prosedur intervensi sendi buku lali dan lutut dan kini berada dalam keadaan stabil serta tidak membimbangkan.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin dalam kenyataan, berkata prosedur berkenaan dijalankan Isnin lalu.

"Ekoran prosedur intervensi terbabit, Seri Paduka telah selanjutnya dinasihatkan untuk menjalani pemantauan dan pengawasan rapi pakar perubatan," katanya.

Ahmad Fadil berkata, Seri Paduka dijadual berangkat pulang bersemayam di Istana Negara hujung minggu ini setelah selesai menjalani rawatan pemantauan dan pengawasan rapi berkenaan.

Beliau berkata, Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan rasa syukur dan penghargaan serta ucapan terima kasih kepada seluruh rakyat yang telah mendoakan kesejahteraan Seri Paduka.

Baginda dilapor menjalani pemeriksaan serta pemantauan pakar perubatan di sebuah hospital kerana gering di bahagian kaki sejak Isnin lalu. - BERNAMA

Berita Harian X