Jumaat, 10 Jun 2022 | 10:37am

Agong, Raja Permaisuri berangkat ke Istiadat Mengarak Panji-Panji

PUTRAJAYA: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, berkenan menyempurnakan Istiadat Mengarak Panji-Panji sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka di Dataran Pahlawan, Presint 1, di sini, hari ini.

Turut berangkat sama, Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Sebaik saja keberangkatan tiba Seri Paduka pada jam 8.30 pagi, nyanyian lagu Negaraku dialunkan, selain 21 das Tembakan Meriam Kehormat disempurnakan oleh Bateri Rejimen Artileri Diraja (Istiadat) yang diketuai Leftenan Kolonel Mohammad Asri Che Wil, dan Terbang Lintas oleh lima helikopter Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Selain membawa Jalur Gemilang, helikopter terbabit turut membawa bendera ATM, Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dengan diketuai Mejar Narul Nizam Ismail.

Istiadat itu turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan isteri, Datin Seri Muhaini Zainal Abidin; Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein bersama isteri, Datin Seri Tengku Marsilla Tengku Abdullah; serta Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz.

Yang turut hadir, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang dan isteri, Tengku Puteri Seri Teja Puan Sri Tengku Muhaini Sultan Ahmad Shah, dan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Muez Abd Aziz.

Seterusnya, Al-Sultan Abdullah melakukan pemeriksaan perbarisan disusuli pembukaan medan oleh pancaragam, dan kemudian Pengiring Panji-Panji mengambil Panji-Panji Yang di-Pertuan Agong, diikuti lagu Negaraku dan berlangsung Perarakan Panji-Panji Yang di-Pertuan Agong.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, memberi tabik hormat ketika melakukan pemeriksaan barisan kehormat pada Istiadat Mengarak Panji-Panji Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong di Dataran Pahlawan, Presint 1, Putrajaya, hari ini. - Foto BERNAMA

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, berkenan memeriksa barisan kehormat pada Istiadat Mengarak Panji-Panji Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong di Dataran Pahlawan, Presint 1, Putrajaya, hari ini. Turut hadir, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang. - Foto BERNAMA

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, berkenan memeriksa barisan kehormat pada Istiadat Mengarak Panji-Panji Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong di Dataran Pahlawan, Presint 1, Putrajaya, hari ini. - Foto BERNAMA

Lima Panji-Panji Yang di-Pertuan Agong diarak, iaitu Panji-Panji Rejimen Askar Melayu, Rejimen Renjer Diraja, Kor Armor Diraja, TLDM dan TUDM.

Keseluruhan perbarisan pada pagi ini diiringi Pancaragam Gabungan ATM bawah pimpinan Mejar (DOM) Muhamad Nor Azizan Yahaya.

Perbarisan mengarak panji-panji adalah satu istiadat gilang-gemilang kepada ATM.

Panji-panji adalah satu penghormatan dan lambang kemegahan, semangat serta ketaatsetiaan tidak berbelah bahagi oleh ATM terhadap Raja dan Negara.

Ia juga dapat membangkitkan semangat juang yang tinggi dan menjadi kemegahan kepada sesuatu perkhidmatan atau pasukan itu.

Istiadat itu diadakan tiga kali dalam tempoh lima tahun pemerintahan bagi setiap Raja Melayu yang dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong, iaitu pada tahun pertama, tahun ketiga dan tahun terakhir pemerintahan.

Selepas kali terakhir diadakan pada 2019, istiadat itu yang sepatutnya diadakan tahun lalu tidak dapat dilaksanakan berikutan pandemik COVID-19 melanda negara.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, memberi tabik hormat kepada perarakan panji-panji pada Istiadat Perarakan Panji-Panji Yang di-Pertuan Agong sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka di Dataran Pahlawan, Presint 1, Putrajaya, hari ini. Turut berangkat Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. - Foto BERNAMA

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, memberi tabik hormat kepada perarakan panji-panji pada Istiadat Perarakan Panji-Panji Yang di-Pertuan Agong sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka di Dataran Pahlawan, Presint 1, Putrajaya, hari ini. - Foto BERNAMA

Selaras dengan negara telah memasuki fasa peralihan ke endemik, Seri Paduka berkenan untuk istiadat berkenaan dilaksanakan pada tahun ini.

Pada istiadat hari ini, turut berlangsung perbarisan berjalan laju dalam tempo perlahan dan cepat, perbarisan mara menghadap serta laungan 'Daulat Tuanku'.

Istiadat diakhiri dengan bacaan doa, nyanyian lagu Negaraku bersekali lintas helikopter ATM.

Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong kemudian berangkat meninggalkan majlis pada jam 9.25 pagi.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, berangkat tiba pada Istiadat Perarakan Panji-Panji Yang di-Pertuan Agong sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka di Dataran Pahlawan, Presint 1, Putrajaya, hari ini. Turut hadir, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. - Foto BERNAMA

Berita Harian X