Ahad, 5 Jun 2022 | 11:16pm
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. - Foto fail BERNAMA
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. - Foto fail BERNAMA

Ismail Sabri merafak sembah sempena Hari Keputeraan Agong

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merafak sembah ucapan "Dirgahayu Tuanku" kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Beliau juga berkata, seluruh Keluarga Malaysia dengan penuh hormat dan takzimnya merafak sembah dan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Al-Sultan Abdullah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka, esok.

"Patik sekalian juga mendoakan semoga Allah SWT terus menganugerahkan Tuanku agar sentiasa dilimpahi hidayah-Nya, juga beroleh 'Afiah' dan penuh kedaulatan," menurut catatan beliau di laman Facebook.

Perdana Menteri turut melahirkan harapan semoga Malaysia terus maju di bawah naungan Seri Paduka.

Ismail Sabri turut menyifatkan Al-Sultan Abdullah sebagai Raja berjiwa rakyat, memayungi Keluarga Malaysia. – BERNAMA

Berita Harian X