Isnin, 23 Mei 2022 | 9:58am
Gambar hiasan - NSTP/DANIAL SAAD
Gambar hiasan - NSTP/DANIAL SAAD

31.5 peratus kanak-kanak sudah lengkap vaksin

KUALA LUMPUR: Seramai 1,119,411 atau 31.5 peratus kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di negara ini telah lengkap vaksinasi melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids), setakat semalam.

Berdasarkan data dalam laman web COVIDNOW, seramai 1,676,457 (47.2 peratus) daripada kumpulan itu sudah menerima sekurang-kurang satu dos vaksin berkenaan.

Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun pula, seramai 2,909,585 (93.5 peratus) telah lengkap vaksinasi, manakala 3,006,147 (96.6 peratus) menerima sekurang-kurang satu dos vaksin.

Seterusnya, seramai 16,080,331 (68.3 peratus) orang dewasa telah menerima dos penggalak, 22,972,728 (97.6 peratus) lengkap dua dos vaksin, dan 23,248,752 (98.8 peratus) menerima sekurang-kurang satu dos vaksin.

Sebanyak 13,706 dos vaksin diberikan, semalam, membabitkan 1,264 dos penggalak, 7,377 dos kedua dan 5,065 dos pertama, menjadikan jumlah kumulatifnya bawah PICK kini mencecah 70,799,796.

Sementara itu, portal Github Kementerian Kesihatan melaporkan dua kematian baharu akibat COVID-19, semalam, membabitkan masing-masing satu kes di Selangor dan Kedah. – BERNAMA

Berita Harian X