KUALA LUMPUR: Seramai 945,787 atau 26.6 peratus populasi kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun di negara ini, lengkap vaksinasi bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids), setakat semalam.
Menurut data dalam COVIDNOW, seramai 1,560,474 (43.9 peratus) kanak-kanak dalam kumpulan sama telah menerima sekurang-kurang satu dos vaksin itu.
Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun pula, seramai 2,898,581 (93.2 peratus) sudah lengkap vaksinasi, manakala 2,996,030 (96.3 peratus) menerima sekurang-kurang satu dos vaksin.
Sejumlah 16,045,993 (68.2 peratus) individu dewasa telah menerima dos penggalak, manakala 22,968,441 (97.6 peratus) lengkap dua dos vaksin dan 23,244,381 (98.8 peratus) menerima sekurang-kurang satu dos pelalian berkenaan.
Sebanyak 27,286 dos vaksin COVID-19 diberi, semalam, membabitkan 8,290 dos pertama, 16,207 dos kedua dan 2,789 dos penggalak.
Ia menjadikan jumlah keseluruhan vaksin diberi melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) kini mencecah 70,446,288 dos. – BERNAMA