Isnin, 2 Mei 2022 | 10:24am
Umat Islam menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Negara. - NSTP/Hazreen Mohamad

Ribuan tunai solat sunat Aidilfitri di Masjid Negara

KUALA LUMPUR: Selepas dua tahun solat sunat Aidilfitri dilaksanakan secara penjarakan fizikal dan beberapa sekatan lain, hari ini ribuan jemaah Masjid Negara, di sini kembali menunaikannya dalam keadaan saf dirapatkan.

Solat sunat Aidilfitri diimamkan Imam Besar Masjid Negara, Ehsan Mohd Hosni turut dihadiri bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ia signifikan bagi umat Islam yang meraikan kemenangan melaksanakan ibadah puasa, mengharungi ujian dan cabaran sepanjang Ramadan walaupun negara belum sepenuhnya bebas daripada wabak COVID-19.

Berbeza dengan ketetapan tahun lalu yang hanya membenarkan 50 orang menunaikan solat sunat Aidilfitri bagi masjid dan surau yang boleh memuatkan lebih 1,000 jemaah, ibadat itu kini ditunaikan mengikut kapasiti masjid.

Umat Islam menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Negara. - NSTP/Hazreen Mohamad
Umat Islam menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Negara. - NSTP/Hazreen Mohamad

Umat Islam menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Negara. - NSTP/Hazreen Mohamad
Umat Islam menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Negara. - NSTP/Hazreen Mohamad

Biar pun masih perlu mematuhi arahan pemakaian pelitup muka di ruangan tertutup, jemaah tidak perlu lagi membawa sejadah sendiri atau mengimbas kod QR MySejahtera untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri.

Jemaah juga dibenarkan masuk ke masjid dan surau di Wilayah Persekutuan tanpa mengira status vaksinasi, kecuali golongan berisiko tinggi atau di bawah Perintah Pengawasan dan Pemantauan (HSO).

Keadaan itu selari kelonggaran diberikan kerajaan menerusi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan bagi Fasa Peralihan ke Endemik, berkuat kuasa semalam.

Berita Harian X