SLIM RIVER: Susur keluar di Lebuh Raya Utara Selatan arah utara dekat Plaza Tol Slim River di sini terus sesak dengan kenderaan yang keluar menuju ke Jalan Persekutuan Ipoh-Kuala Lumpur , petang ini.
Tinjauan jam 3 petang, di Plaza Tol Slim River mendapati banyak kenderaan sedang beratur membayar tol untuk keluar dari kesesakan di lebuh raya berkenaan dari Slim River ke Sungkai.
Persimpangan lampu isyarat di Jalan Persekutuan Ipoh-Kuala Lumpur dari Slim River ke Sungkai sentiasa dikawal secara berkala oleh polis trafik dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muallim .
Pertembungan pergerakan kenderaan arah utara dari Behrang-Slim River dan kenderaan yang datang dari kawasan pusat membeli belah berdekatan menyebabkan persimpangan berkenaan sesak dengan kenderaan.