Ahad, 1 Mei 2022 | 10:58am

Trafik di lebuh raya menuju Utara, Selatan, Timur sesak

KUALA LUMPUR: Keadaan trafik di lebuh raya utama menuju ke utara, selatan dan pantai timur sesak hari ini, berikutan orang ramai pulang ke kampung sempena Aidilfitri.

Setakat jam 10 pagi tadi, kesesakan berlaku di beberapa lokasi di Lebuh Raya Utara Selatan berikutan jumlah kenderaan yang banyak.

Trafik dilaporkan sesak arah utara dari Hospital Sungai Buloh ke Rawang, Behrang ke Slim River, Slim River ke Bidor, Bidor ke Tapah selain terdapat kemalangan di Kilometer 257 dari Terowong menuju Kuala Kangsar.

Trafik arah selatan pula menunjukkan kesesakan berlaku dari Putra Mahkota ke Bandar Ainsdale dan Senawang ke Pedas Linggi.

Di Lebuh raya Kuala Lumpur-Karak pula trafik perlahan selepas Bandar Dalam ke Greenwood dan sesak dari Greenwood ke Plaza Tol Gombak sehingga Bukit Tinggi.

Trafik turut perlahan sebelum keluar dari Plaza Tol Kuala Terengganu.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline 1800-88-0000 dan laman Twitter di http://www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-887752 serta laman Twitter di http://www.twitter.com/LLMinfotrafik.

Keadaan di lebuh raya Kuala Lumpur-Karak trafik perlahan selepas Bandar Dalam ke Greenwood dan sesak ke Plaza Tol Gombak sehingga Bukit Tinggi.- Foto Facebook LLM
Keadaan di lebuh raya Kuala Lumpur-Karak trafik perlahan selepas Bandar Dalam ke Greenwood dan sesak ke Plaza Tol Gombak sehingga Bukit Tinggi.- Foto Facebook LLM
Berita Harian X